Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

05 October 2008

Back to basic

HPA adalah singkatan Herba Penawar Al Wahida.Kita adalah pelupor pengubatan herba dinegara ini. Jangan sampai kegairahan kita dalam peniagaan produk harian menjadikan kita lupa matlamat untuk melahirkan usahawan herbalis. PBC menjana bagi melahirkan usahawan yang dinamik dan proaktif sementara PIC pula menjana bagi kelahiran herbalis yang menguasai ilmu perawatan. Selagi ada manusia diatas muka bumi ini, sekali-kali tidak akan habis pemintaan untuk pengubatan. Sayang sekali jika kita boleh berjaya mendapat pangkat "PENGARAH" tetapi tidak mengenal seni penyembuhan dalam pengubatan jawi.
Kembalilah kepada kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh mlm HPA dan jangan sampai orang lain mengambil alih posisi pengubatan herba.
Hadirlah PIC dan KPJ dengan tekun. InsyaAllah leader yang lahir hari ini hasil dari kecintaan mereka pada perubatan herba pada masa dahulu.

3 comments:

seepot seedot said...

InsyaALLAH...

KELANA AKiRA said...

Selain PBC utk melahirkan Usahawan yang Dinamik dan Proaktif serta PIC pula utk menjana bagi kelahiran Herbalis yg mengusai ilmu perubatan, saya sarankan agar yang berjawatan "PENGARAH" mengikuti 2 hari 1 malam utk kursus, latihan dan seminar Pembentukan Jati Diri sebagai "PEMIMPIN/ LEADER Usahawan MLM -HPA"

Kerana "Pemimpin adalah Pemandu Matlamat Organisasi/ Downline tersebut" kerana Pemimpin MLM ini juga adalah sebagai seorang General Perang dengan tenteranya. Strategi Perang dalam Bisnes ini amat perlu dari segi Teknik dan taktik perniagaan ini.

Selain dari itu semua Stokispun diberi Latihan, Kursus dan seminar yg sesuai untuyk mereka. Meraka harus tahu tentang selok belok Perniagaan ini, tahu tentang rawatan, Tahu tentang Produk serta MISI dan VISI HPA yang harus difahami dan dihayati sepenuhnya sebagai Usahawan Islam yang sejati.

ibnurashid,p041 pg said...

Alhamdulillah saya bersetuju dgn pandangan tn haji. Dewasa ini kita melihat hanya sesuatu produk yg menjadi tumpuan cth cola dan kopi.Namun demikian kita tidak boleh menafikan permintaan tinggi kepada produk tersebut.Ana berpandangan HPA mempunyai kuasa untuk meletakkan syarat kepada pengedar. Cth untuk naik ke pangkat pengarah jati perlu menghadiri kursus PIC 2 hari 1 malam. Kita tidak nafikan di dalam dunia hari ni perlu di didik seseorang insan tersebut dengan mengenakan peraturan.
HPA perlu banyakkan kursus PIC sebagai cth ana pun dah berazam untuk hantar downline ke PIC pd bulan November ni tetapi hanya ada di Kluang Johor shj. Harap pihak tuan haji perlu perbanyakkan PIC tersebut.INSYAALLAH