Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

11 October 2008

harga ayam organik

Pertama kali saya minta maaf kepada semua ahli HPA bagi kenaikan beberapa barangan utama kita seperti kopi dan ayam dipasaran.Kenaikan ini ada hubungan dengan pelbagai bahan mentah yang mengalami kenaikan harga.namun bagitu kalau kita lihat syarikat lain misalnya kopi telahpun awal-awal menaikan harga mereka sedangkan HPA masih cuba mengimbangi harga lama.Contuh kedua ialah ayam organik,harga ayam organik tidak boleh disamakan dengan ayam biasa kerana tempoh penternakanya lambat dan kos makanan melebihi ayam biasa(yang menggunakan hormon pengemuk)Namun bagitu sesuai dengan dasar perjuangan HPA ialah untuk menjadi pembela pada pengguna maka harga itu cuba dipertahankan.Ada dua jenis ayam yang dikeluarkan oleh HPA .Satunya mengambil tempoh 5 minggu untuk sembelih dan satu lagi mengambil tempoh 2 bulan.Kedua-dua jenis tersebut diternak tidak menggunakan vaksin dan hormon tetapi kosnya berbeza kerana jenis yang kedua herganya lebih tinggi dan kebanyakanya tidak berat .Dagingnya lebih halus dan manis tetapi gred A ayam jenis ini lebih ringan dibandingkan gred A biasa.
Daging ayam HPA tidak hanyir bila anda membasuhnya baunya tidak terlekat pada tangan.Ini salah satu tanda makanan yang diberikan bersih dan berkhasiat.InsyaAllah.

1 comment:

ibnurashid,p041 pg said...

Alhamdulillah kami para ahli boleh terima dengan kenaikan harga ini. Sesungguhnya jika kita mahu sesuatu yg baik dan khasiat kita perlu bayar lebih.Alhamdulillah dengan perancangan yg baik dari HPA ayam sepanjang ramadhan baru2 ni tidak terputus walaupun di HPA Bayan Baru yg sering terputus bekalan barangan yg lain tetapi ayam tetap ada.Tahniah untuk HPA Farm dgn pertambahan lori sebanyak 4 buah akan melancarkan lagi penghantaran ayam ke cawangan2.Ana berharap pihak tn hj dapat membuka peluang kepada para ahli2 dan umat Islam yg berminat untuk membela ayam atau penanaman dengan HPA. Di harap tn hj dapat senaraikan kakitangan beserta no. untuk dihubungi bagi memudahkan kita menyalurkan mereka yg berminat terus kepada HPA.