Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 June 2009

Tanbihun ghafilin.

Dahulu kita sama-sama meneroka hutan belantara peniagaan ini dengan seribu kepayahan. Segala kekurangan dan kelemahan tidak menjadi sebab untuk berpatah balik dan meninggalkan perjuangan ini. Seluruh tenaga kerja dari warga dan pemimpin mlm sederap melangkah tanpa kata atau prasangka.

Sampai disuatu ketika tiba-tiba ujian menimpa....ramai dikalangan leader yang meninggalkan kita dan kalau adapun hanya melihat dari hujung mata saat sakarat usia perjuangan HPA. Saf di perbetulkan semula tapi kali ini ikatan yang ada semakin kukuh kerana tali ikatnya ialah hati. Kita melangkah dan terus melangkah.

HPA kini bukan lagi perlabuhan sepi bahkan sebuah ladang buah yang telah masak dan sedia di ambil makan. Kerakusan sekali lagi datang sebagai ujian. Angka bonus yang tidak pernah dijangka kini menjadi rebutan dan persaingan. Ahli-ahli lama kembali hidup bagaikan terjaga dari tidur yang panjang. Pemimpin yang dahulu telah hilang pula datang siang dan malam bertanya dimanakah keadilan. Lantaran ahlinya yang ditinggalkan telah menjadi downline orang lain.

Pengurusan terpaksa bertindak dengan arahan dan peraturan bagi mengelakan tuduhan yang datang dari pelbagai niat dan tujuan. Sekali lagi ujian berada di hadapan buat mengukur sejauh mana kukuhnya ikatan hati yang telah tersimpul mati.

InsyaAllah seminar khas untuk PJS akan diadakan bertajuk " Menggenggam harapan Ummah" akan diadakan pada waktu dan tempat yang akan ditentukan kelak.InsyaAllah.

No comments: