Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 June 2009

Makasar.

Setibanya di Makasar,gambaranku terkilas pandang persis kota Medan,walaupun Makasar tidaklah boleh disamakan dengan Medan disudut populasi dan peniagaanya. Masyarakat Bugis yang menguasai kotanya sekali imbas agak sedikit tegas namun memiliki hati yang sangat halus dan mudah tersentuh.

Kota Makasar menyimpan banyak sejarah kecermelangan pengembaran orang Bugis sehinggakan salah satu simbul yang menjadi mercu kebanggaannya ialah kapal layar. Bila panitia menghadiahkan sebuah replika kapal layar ingatanku tiba-tiba jauh melayang kepada kapal layar yang di letakan di atas kubah masjid Imam Syafie di Mesir. Inilah ilmu yang boleh dipelajari bahawa bangsa-bangsa yang kuat perlu jauh perjalanan dan luas pandanganya.Imam Ghazali juga pernah menyatakan bahawa musafir itu menguatkan hati. Abunya Hamka dari Bukit Tinggi Padang juga pernah tinggal di Makasar.

Makasar pernah melakarkan sejarah kerajaan Islam di bawah Sultan Hasanudin dan kerajaan Goa persis seperti Perlak,Riau dan Parsai yang menjadi jalan pedagangan Islam di suatu masa dahulu.

Minyak Kayu putih,Teja Lawang dan minyak cengkih merupakan sumber yang boleh di jadikan bahan dagangan yang mendatangkan ekonomi terbesar bagi Makasar kerana Makasar merupakan pintu masuk ke Indonesia Timur.

Dari Makasar boleh terus ke Ambon, Maluku,Ternate dan Nusa Tenggara Timur dan lain-lain kota lagi.

Aduhai...miskipun kepenatan tapi kesungguhan warga Makasar menjadi penawar yang tidak di lupakan. Terima Kasih pada semua panitia yang bersama menjadikan HPA sebagai jalan perdagangan untuk sebuah perjuangan.

No comments: