Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

28 November 2008

RADIX KOKO.

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO.Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO.RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukan herba dalam RADIX KOKO? jawapanya tidak,kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan.Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA.Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO.InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang ,ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara,Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini.

2 comments:

Abd Halim Said said...

Pertama-tamanya sekalung Tahniah diatas kejayaan pihak syarikat mengeluarkan Radix Koko. Di Cawangan Melaka dan Tangkak , stok telah habis dijual tak sampai sehari ianya turun dari lori. Rasanya cukup hebat dan setanding dengan minuman berperisa sama. Keduanya , sekiranya sasaran produk adalah kanak-kanak maka adalah lebih sesuai minuman ini dikeluarkan dalam tin atau paket besar dan bukannya dikeluarkan dalam bentuk sachet kecil. Ini adalah kerana penyediaan minuman bagi anak-anak akan lebih mudah dan ekonomi. Sekian pandangan saya sekiranya boleh dipertimbangkan.

ana_muna said...

tahniah kepada HPA kerana berjaya mengeluarkan minuman koko utk kegunaan pengguna muslim. tetapi, harapan saya biarlah keterangan yg diberi tidak mengelirukan pengguna. tadi sy mengunjungi gerai HPA di USM penang. melihatkan ada perisa alternatif bagi kopi radix, sy bertanya kepada penjual tersebut adakah khasiatnya sama dengan kopi radix? jawapannya ya. dan saya terus membeli. selepas meminumnya saya tertanya2 kenapa tiada apa2 kesan? rupa2nya baru saya tahu apa dia radix koko sebenarnya hanyalah minuman biasa. harap kepada penjual/stokis/ejen HPA berilah penerangan dgn jujur demi menjaga reputasi syarikat :(