Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

30 November 2008

PIC di Kelantan.

Syukur,kita baru selesaikan program PIC di Kelantan.Jumlah peserta melebihi 140 orang membayangkan sokongan yang padu daripada masyarakat Pantai Timur untuk HPA terus bergerak menerajui Industri Produk Halal Di Malaysia.Terima kasih pada semua PJS yang hadir memberikan semangat kepada ahli-ahli terutama yang baru mengenali HPA. Hasil sokongan ini maka HPA bercadang akan mendirikan RFC di negeri ini selewat-lewatnya sebelum penghujung Februari 2009.

Ini akan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli HPA bahawa keberadaan HPA di negeri ini memang secara serius dan kemungkinan pelbagai projek lain boleh di fikirkan di sini.Kami diberi kesempatan melawat Tuan Guru MB Kelantan sebagai kunjung hormat bagi menandakan Insyalah peniagaan HPA di negeri serambi Mekah ini akan menjadi besar.

Pembangunan HPA di negeri Kelantan akan berlaku serentak dengan pembangunan HPA di Bandar Kluang Johor dan seorang AGM akan di hantar segera kesini untuk tujuan tersebut.Sungai Petani dikenali sebagai HPA City,Kluang pula sebagai HPA Town, maka Kelantan kita namakanya sebagai HPA City(2).Pembangunan City 2 akan segera bermula dan sekurang-kurang terdapat 20 buah cawangan HPA dinegeri ini. Lokasi pejabat pentadbiran akan ditentukan segera.InsyaAllah.

No comments: