Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

06 November 2008

Kopi Tiruan

Menghadapi isu ini pehak HPA telahpun membuat lapuran kepada kementrian perdagangan untuk tindakan.Namun bagitu perkara ini bagitu sukar untuk diatasi kerana kumpulan ini bergerak dalam rangkaian yang terancang.Mereka telah mengusai pekedai pekedai yang hanya mahukan barang yang murah.Selain daripada itu lapuran polis juga dibuat dan menunggu masa untuk tangkapan.
Namun bagitu ahli-ahli HPA terus berjuang mempertahankan edaran kopi asli walaupun banyak kedai-kedai yang enggan berhubungan dengan mereka lagi.Dalam keadaan itu pemintaan kopi radix semakin tinggi mencatat jualan tertinggi bagi kopi 3 in 1.Kopi Radix kini mula bersaing dengan nescafe yang telah menguasai pasaran dinegara ini sejak merdeka.
Kebimbangan ini lebih ketara apabila kopi radix benar-benar memberikan khasiat kesihatan.Mereka yang lemah tubuh badan akan dapat merasakan perbezaan antara minum kopi radix,kopi radix tiruan dan nescafe.Apa yang malang baru-baru ini HPA di minta oleh nescafe melalui surat lawyer agar tidak menggunakan iklan mug merah kerana dikatakan itu adalah milik mereka.Kalau tidak HPA kini sudah mula dilihat sebagai pesaing sudah tentu isu mug ini tidak akan timbul.
HPA mengambil langkah akan mencari warna mug yang lain bagi mengelakan perselisihan faham yang panjang.Namun bolehkan Nescafe mengubat hati pengedar HPA seramai 450 ribu orang yang menyatakan isu seperti "pukul anak,sindir menantu".HPA akan terus berjuang......

4 comments:

Jamaluddin Yeop Majlis said...

Salam Tn. Hj. Agaknya bila nak keluar koko radix pula? Dulu kata bulan Syawal. Skrg dah masuk Zulkaedah. Teman-teman disini setia menunggu.Teh tarik Manjakani telah pun menjadi amalan sekeluarga. Anak-anak pula menuntut mana koko radix yang dijanjikan..

Sama Impian said...

Perlukah kita tunduk pada pesaing kerana warna Merah . Rasanya kalau masuk court kerana warna kita boleh menang. teruskan perjuangan.

hakim said...

Kami ahli-ahli HPA tetap berdiri teguh di belakang Tuan Haji.

Ini semua adalah ujian untuk kita semua di dalam perjuangan yg penuh dugaan.

Semoga Allah membantu kita semua melalui halangan2 yg mendatang.

Allahu Akbar!

hakim said...

Mengapa HPA selalu kena?

Hari tu KFC. Padahal syarikat lain warna merah tak pulak kena sound.

Skrg nescafe. Padahal kopi2 lain pun ada jugak guna mug merah.

Jelas, mereka tergugat dgn produk2 Islam yg sedang hebat mendapat sambutan rakyat Malaysia.

Saya harap kita jangan terlalu mudah mengalah kalau ia jelas tidak menyalahi undang2. Tapi lebih elok juga kalau kita ada warna sendiri yg unik.

Semoga kita terus teguh berjuang.

InsyaAllah.