Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

19 November 2008

Bilangan cawangan HPA.

Alhamdulilah sehingga kini kita telah berjaya meujudkan 80 buah cawangan diseluruh Malaysia yang beroperasi bagi membekalkan produk-produk halal di pasaran.Ini termasuk dengan 4 buah cawangan yang baru beroperasi pada minggu ini iaitu cawangan Kepala Batas penang,cawangan Changlon,cawangan Segamat dan cawangan Muar.

Sebanyak 10 buah cawangan lagi sedang diusahakan dan dijangka pada tahun 2009,HPA akan dapat meujudkan 90 buah cawangan keseluruhanya.InsyaAllah.Cawangan yang banyak diseluruh Malaysia adalah sebagai persediaan bagi menyediakan kemudahan kepada ahli kerana HPA akan mencukupkan 500 produk dipasaran nanti.Walahualam.

6 comments:

EnAnuar said...

Apa yang saya harapkan dengan adanya bilangan cawangan di seluruh negara dapat memberikan perkhidmatan terbaik terutamanya di kawasan lembah klang. Namun begitu, persepsi saya sedikit meleset dan kecewa, kadang kadang sampai 2 3 cawangan saya pergi tapi masih banyak produk yang xde, contohnya brg keperluan seperti Wahdah, sabun susu kambing dan paling menyedihkan saya apabila terlalu susah untuk mendapatkan kopi radix, yang mana ia adalah 'killer product' kita, kenapa ini boleh terjadi, bukan kuantiti cawangan yang kita nak, tapi kualiti perkhidmatan yang paling penting dalam memnuhi permintaan pelanggan. lebih kecewa lagi apabila ada downline saya yang dah mula bosan dengan sistem HPA dalam pengendalian stok yang selalu tiada barang. Sedih....

ana_muna said...

en.anuar, saya pun ada dgr komplen pasal kopi radix xde stok! kat area KL. tapi sy di penang dan kuala terengganu alhmdulillah, xdak masalah. mybe permintaan terlalu tinggi di KL. sometin ti do with it.

JawiHerbShop said...

supaya HPA dapat keluarkan lebih banyak KOPI, eloklah ahli HPA labur dalam saham KoWahida. Tenttang penubuhan banyak cawangan ini dilakukan kerana HPA punyai 200 jenis produk selain daripada kopi. Semua produk keperluan ummah maka menjadi kewajiban HPA untuk keluarkan produk itu

CAWANGAN HPA SERDANG said...

Tuan Haji, En Abd Kadir masih belum training di cawangan gombak lagi- amw gombak

Abd Halim Said said...

Pertamanya tahniah kerana berjaya membuka cwgan cwgan baru. Namun begitu saya juga bersetuju dengan pndgan En Anuar bahawa kualiti perkhidmatan kpd pelanggan adalah lebih penting. Pembukaan lebih byk cwgan tidak akan membawa makna sekiranya bekalan produk seringkali terputus dan pihak cwgan pula seolah-olah turut berniaga dimana pembelian oleh stokis-stokis dicatu dan dikawal bg mengelakan pelanggan yg dtg tidak naik angin sebab tiada brg. Pihak cwgn sepatutnya membantu pihak stokis dengan memaklumkan pd pelanggan/ahli dimana stokis yg mempunyai stok. Catuan hanya membunuh para stokis kerana kos yang terpaksa ditanggung untuk berulangalik setiap hari untuk dptkan bekalan. Cuba bygkan keuntungan yang diperolehi dengan mendapatkan bekalan 10 keping papan kopi radix dengan kos minyak yg perlu dikeluarkan untuk ambil kopi tersebut untuk perjalanan 20 km pergi dan balik itu tak masuk kos telefon dan sebagainya. Isu ini sepatutnya dibincangkan didalam seminar agen stok tempohari bagi mengetahui masalah yg dihadapi oleh stokis dan apakah jalan penyelesaiannya. Bukannya menetapkan jumlah minima jualan semata-mata tanpa asas yang kukuh. Perkara ini ingin saya bawa tempohari tapi tidak ada peluang kerana tentatif program yg disusun tidak diikuti.HPA sepatutnya memperkasakan cwgan sediada kerana pembukaan cwgan baru juga akan melibatkan kos yg besar. Satu perkara lagi yg ingin saya lontarkan adalah keghairahan pihak HPA mengeluarkan produk-produk baru. Memang ianya satu tanggungjawab fardhu bagi membebaskan umat Islam daripada produk produk buatan bkn Islam tp pihak pengurusan perlu pastikan setiap produk baru yang dikeluarkan sampai ke cawangan selepas ianya dikeluarkan. Testimoni di Melaka , sehingga kini produk baru yang telah diumumkan keluaran masih tidak sampai ke melaka contohnya Kordial Jambu Batu Merah , Fresia Cecair , Pelembut , Radix Ice Cream Soda , Bedak MBK dan Bedak Bayi Perempuan. Produk yg mcm biskut kejap ada kejap tak ada pun byk contohnya air mineral , sabun susu kambing , air karbonat. Peliknya produk yang tidak diwar-warkan pula yg sampai cthnya minyak bayi dan minyak barut. Harap pihak HPA dapat berikan perhatian dan tindakan pembaikan sewajarnya.

ana_muna said...

emm.. sedih juga dgr cerita2 begini.. sy pula dh lama plan nk jadi stokis sbb berminat sgt dgn apa yg HPA buat. hrp2 masalah begini dpt diatasi utk kebaikan bersama