Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

06 September 2008

RFC mula mengembangkan peniagaanya.

Syukur
Dengan Izin Allah RFC cawangan Alor Setar,Kepala Batas (Penang),Bandar Laguna Sg Petani dan Kangar (perlis) akan mula beroperasi pada pertengahan bulan 11 nanti insyaAllah.Penambahan RFC ini menjadikan HPA kian mantap sebagai penggerak produk Halal diPasaran.Buat masa ini RFC menjadi salah satu restoran ayam segera yang mendapat tempat dikalangan pengguna Islam dan bukan Islam.

RFC di Bandar Laguna dan Kangar perlis akan diubah suai menjadi Pasar Moden yang akan tertulis dengan tulisan jawi di ruangan hadapanya "Produk Halal Tanggungjawab Bersama".Ia menyediakan penjualan semua produk HPA,produk sejuk beku dan RFC.Perkhidmatan penghantaran kerumah juga disediakan disamping pembelian secara "Drive-thru" .Semua lawatan ke HPA Sungai Petani akan bepeluang melihat konsep pasar Moden dimana RFC boleh dinikmati didalam bangunan berhawa dingin ataupun terbuka dibawah langit luas.Kesemuanya mempunyai nilai Mata.
Jika konsep ini berjaya semua RFC yang akan datang akan di buat dalam bentuk pasar moden 2 dalam 1.InsyaAllah.Sokongan anda diperlukan untuk memastikan peniagaan kita terus menguasai pasaran global.Amin.

RFC di negeri-negeri lain juga akan dibuka mengikut kawasan peternakan ayam yang paling hampir.InsyaAllah selain daripada di utara,Kelantan,Terangganu dan Perak juga telah bersedia untuk membuka RFC .Semua para pengedar HPA bersedia untuk mendukung empayar kita bersama.

2 comments:

Hamba ALLAH said...

Alhamdulillah.....

KELANA AKiRA said...

Sukar saya nak bayangkan kalau setiap,pembelian di RFC ada Nilai MATA (NM/PV).

Saya ada kenalan lebioh kurang 50 orang dan dalam satu bulan itu 36 orang daripada kawan-kawan saya tadi makan di KFC (Kentucky Fried Chicken) apa yang saya dapat di KFC. Cuma tahi gigi iaitu sisa ayam vaksin melekat dicelah-celah gigi.

Lainlah kalau di RFC 36 orang rakan saya tadi menjadi ahli HPA organisasi di bawah saya dan dalam satu bulan tersebut masingmasing berbelanja sekitar 100NM ( 36 X 100 = 3,600NM ) dan saya sudah mengikuti kursus PBC dan saya sudah mendapat 20% dan berpangkat PLX.
3,600 X 20% = RM720 saya dapat.

kelana akira
419501.MY01
Kuching, sarawak.