Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

23 May 2010

Fresia.

Syukur ,kini cecair Fresia sudah mampu dikeluarkan 1000 botol sehari. Sebentar lagi semua cawangan HPA akan terpenuh dan kegelisahan ahli tentang sabun cuci kain akan terjawab. Namun bagitu kapasiti boleh dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Isu kekurangan ayam juga kini semakin dapat diselesaikan dengan pengeluaran semasa yang tinggi. HPA Farm kini memastikan ayam segar yang dijual akan mencukupi semua cawangan sebelum berakhirnya bulan mei ini. InsyaAllah.

Kita akan mengadakan majlis perasmian kilang makanan ayam tidak lama lagi dan kini hampir 100% makanan ayam akan dapat dikeluarkan dari kilang kita sendiri. Terima kasih pada semua yang memberikan sokongan pada HPA pada setiap saat. Pada bulan jun nanti ,InsyaAllah kita juga akan mempunyai tempat penyembelihan yang canggih dan mampu membuat sembelihan 25,000 ekor satu shift. Ini akan menjadi contuh peniagaan ayam secara bersepadu dengan moto baru " Dari kita untuk kita".

Ahli dicadangkan membuat lawatan ketempat-tempat yang disebutkan diatas.Tk.

No comments: