Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

23 May 2010

Dari Manila ke Fak Fak.

Minggu lepas dua pegawai kita ke Manila dalam rangkakerja membuka pejabat di pekarangan masjid besar. Mereka juga membuat temuduga 10 orang calun untuk menjalan operasi peniagaan HPA di sana dan seramai 10 orang anak-anak yatim Manila akan mengikuti pembelajaran di Manhal HPA,Malaysia.

Hujung minggu ini pula ITHPA akan ke Fak-Fak iaitu satu negeri yang terletak di Irian Jaya. Selain daripada meninjau untuk pembukaan cabang HPA disana,mereka juga berpeluang untuk melakukan bakti social bagi masyarakat yang jauh di pendalaman. Banyak sumbangan yang diterima daripada ahli HPA di Jakarta akan dibawa kesana dengan "Bahtera Nusantara" . Bahtera Nusantara juga membawa kubah masjid yang di baluti dengan kain berlogokan HPA merentas samudra luas berhari-hari. Doakan perjalanan ini selamat sampai kedistinasinya. Amin.

No comments: