Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 May 2009

PIC di Taman Mini Jakarta.

Pagi ini seramai 700 orang peserta menanti untuk mengikuti PIC di Taman Mini Jakarta. Mereka datang dari pelbagai jaringan untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam pengubatan herba. Semangat mereka boleh dipuji walaupun kadangkala mereka tidak mempunyai keewangan yang mencukupi masih sanggup meminjam pada teman-teman kerana ingin menuntut ilmu. Budaya belajar sangat tinggi di kalangan pemuda Indonesia kalau tidak masakan Jakarta dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Buku-buku yang diterjemahkan juga bagitu banyak walaupun baru seminggu dikeluarkan dalam bahasa asalnya boleh didapati terjemahanya dalam bahasa Indonesia .

Ini juga jelas saya lihat apabila mereka lebih suka membeli buku daripada produk . Kecenderongan membaca boleh dijadikan budaya dalam HPA sehingga kita mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Saya mula memikirkan bagi menjadikan buku sebagai salah satu produk utama dalam peniagaan mlm kita. Kata perpatah "Siapa kita lima tahun lagi ditentukan oleh buku apa yang kita baca hari ini". Jadi HPA juga merupakan perpustakaan ilmu yang bergerak bersama ahli-ahlinya. InsyaAllah. Amin.

No comments: