Walaupun sekali menghaziri PIC tidak bermakna kita dapat mencerap semua ilmu yang dibahaskan dan mungkin kita perlu mengikuti PIC berulang-ulang kali bagi mendapatkan teknikal perawatan yang sempurna. Saya percaya dengan adanya kelangsungan menimba ilmu di HPA generasi ini akan dapat dilahirkan.I ni dapat kita lihat dari pengakuan ikhlas mereka yang telah berjaya meninggalkan ubatan kimia digantikan dengan pengubatan herba. Jumlah mereka semakin ramai hasil dari kesedaran yang mendalam betapa bahan kimia yang digunakan sebagai ubat juga merupakan racun pada tubuh.
Sedikit sebanyak kenyataan ini tidak sukai oleh para doktor yang berjuang meningkatkan tahap kesihatan rakyat melalui "drug therapy". Suara kegelisahan ini muncul apabila isu steroid dalam kopi radix dibangkitkan. Dalam blog ini saya ingin memberikan pandangan bahawa steroid dalam herba tidak sama dengan steroid sintatik yang digunakan di hospital. sebagai contoh beta-sitosterol dan stigma sterol merupakan rangkaian steroid yang terdapat dalam akar lalang,pegaga,tungkat ali ,patawali dan lain-lain lagi.Akar lalang telah digunakan di dalam ubatan cina (TCM)sudah ribuan tahun dan tidak mendatangkan kesan sampingan malah menjadi herba bagi rawatan penyakit-penyakit yang bersifat panas(yang) seperti imsomnia(susah tidur) dll.
Dalam kopi Radix juga tidak ada kesan toksisiti(racun) yang ditemui jika diambil oleh pengguna berterusan. Ia diproses di kilang yang mempunyai status gmp dan ISO.Bagitu banyak testimoni yang telah di berikan menjadikan sebahagian pehak tidak senang dengan pencapaian perubatan JAWI ini. Saya juga ingin memberikan pandangan kepada pehak kementerian Kesihatan supaya para doktor yang akan menghabiskan pengajian ilmu kedoktoranya perlul mengikuti pengajian perubatan herba selama setahun seperti negara China bagi memastikan kekayaan pengubatan herba Melayu dan ribuan spesis ubatan negara tidak menjadi milik orang lain disuatu hari kelak.
Negara akan berjaya mengeluarkan Doktor herbalis.InsyaAllah.
04 May 2009
PIC dan Kopi Radix.
Menjadi seorang herbalis bukanya dengan hanya menghaziri sekali PIC tetapi ia memerlukan jangkamasa yang panjang.Herbalis terdidik dalam sausana yang sebenar berhadapan dengan pesakit dan memerhatikan perlakuan kepada kesan sesuatu ubatan herba yang diberikan.Jadi herbalis memerlukan kesungguhan belajar dari masa kesemasa tanpa rasa putus asa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment