Sudah lama tidak menziarahi makam ayah,tiba-tiba pagi ini kenangan lama menerpa membuka kembali ingatan tika bersama.wajah redup ayah menyimpan kesakitan dalam tempoh yang agak panjang.Namun dalam keadaan duduk ayah tetap menjaga solat.Sendi-sendi yang membengkak nampak merah dan ada yang mengeras seperti tulang tak upaya dilakukan apa lagi .
Mungkin dari pengambilan ubatan antasid yang lama menjadikan kedua buah pinggang ayah rosak dan doktor menyarankan menggunakan mesin hemodilisis.Ayah berkeras namun masih lagi membenarkan tanganya dimasukan tiup untuk tujuan tersebut pada bila-bila masa.Aku melihat betapa sukarnya kerja-kerja doktor kerana ayah hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.Berat badan ayah juga disekitar 40kg tidak sukar aku mengangkatnya ketika hendak mandi.Pada ketika itu usiaku juga masih muda dan sama kuat dengan pemuda kampung yang boleh menanggung segundi padi di bendang.
Dari sinilah kesedaranku muncul bagi mencari penawar terbaik dari tumbuh-tumbuhan dan aku agak bernasib baik kerana keluarga dari sebelah ibu memang telah lama terlibat dalam pengubatan herba.Ayah juga mahu mengambil pegaga dan akar lalang yang aku sediakan dan keadaan kesihatan ayah juga nampak ada sikit perubahan.Ayah menggagahi diri berjalan pada waktu pagi untuk pesiapan mengerjakan umrah dan haji walaupun selama ini ayah hanya berada diatas tilam sahaja.
Tahun itu kami mengerjakan haji bersama.Di arafah aku lihat ayah terus berdoa dengan linangan air mata Sepanjang musim haji kami sering berdua menghabiskan masa dalam masjidil haram dan masjid nabawi.Ayah nampak bagitu gembira kerana katanya kalau nak matipun sudah sempurna ibadah haji dilakukan.Pulangnya dari Makkah,ayah tak turun rumah lagi,ayah demam demam ringan dan tidak lama selepas itu ayah meninggalkan aku ,keluarga dan dunia buat selama-lamanya.Sampai hari ini doaku tidak pernah lupa pada ibu dan ayahku."Ya Allah semoga aku bertemu lagi ayah di dalam jannah-jannah Allah yang sedang menanti melalui jalan peniagaan ini .Amin.
No comments:
Post a Comment