Sebahagian Pelajar Sijil herbalis Siri Ke 15 - 11 Dec 2008 Hingga 3hb Jan 2009
Keceriaan diwajah mereka jelas sekali mungkin kerana sudah terbayang kaum keluarga yang telah ditinggalkan sekian lama.Peserta kali ini dibimbingi terus oleh 3 orang doktor HPA (MD) dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.Ini jelas dapat dilihat pada saat-saat berpisah semua peserta menangis bagaikan enggan melepaskan yang lain pergi. Bentuk pendidikan jiwa ini masih terdapat didalam HPA sekaligus membuktikan seorang herbalis itu melihat perawatan secara holistik bukanya perawatan zahir semata-mata.
Apa yang jelas dari ungkapan peserta mereka merasakan bahawa HPA merupakan perjuangan panjang yang mesti sama-sama mendokonginya.Hasil terdekat dari keberadaan HPA telahpun dapat dirasai oleh sebahagian penduduk di Malaysia dan Indonesia.Teruskan perjuangan wahai para herbalis.Amin.
No comments:
Post a Comment