Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

19 January 2009

Boikot

Sampai hari ini kemarahan umat Islam kepada regim zionis Yahudi laknatullah membuak-buak dan lantaran kekejaman yang dilakukan tidak layak mereka di panggil manusia.Kejahatan dan primitif mereka mengalahkan haiwan di rimba atau manusia yang hidup dizaman batu.Suara laungan dari dunia bagaikan tepuk sorak kepada mereka untuk terus bermain bunga api di Genting Gaza.
Rakyat Malaysia yang perihatin menyuarakan pandangan agar tindakan memboikot ekonomi Yahudi dan produk Amerika di teruskan walaupun KFC dan MILO terus mengencarkan serangan iklan di media elotronik.Boikot produk Amerika nampaknya masih belum memberikan kesan malah dicelah-celah itu pula muncul suara yang mengujudkan keraguan tentang nasib pekerja-pekerja jika penigaan yahudi ini ditutup.

Bagi saya kebangkitan ini perlu datang dari "institusi ulamak" kerana perubahan atau memboikot produk yahudi dan Amerika mestilah muncul dari keimanan kepada Allah dan Rasul.Jika datang dari keimanan kepada Allah dan Rasul ,dengan sendiri mereka yang telah bekerja disyarikat yahudi sanggup melepaskan jawatan demi sebuah perjuangan.

Ulamak juga perlu tampil meniupkan ruh ummat yang sekian lama telah mati untuk berjuang kerana Ugama.Inilah medan untuk kita buktikan sejauh mana keimanan kepada Allah yang bersifat "Ar-Razaq" (pemberi rezeki).Ini juga mengingatkan kita tentang maksud ucapan Rasululah saw pada Bilal "Infaqlah wahai bilal sesunguhnya Allah ini memiliki arash yang meliputi langit dan bumi".Boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah situasi "kelesuan ulamak dan kejahilan ummat."?umat yang sedang tidur tidak akan bertindak miskipun api kian membakar seluruh rumahnya selagi usaha mengejutkanya tidak dilakukan.

No comments: