Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

09 June 2009

Pulau Tuba tidak beracun.

Pulau Tuba sebuah pulau yang berhampiran dengan Pulau Langkawi tetapi tak ramai pelancong kesana kerana kurang daya tarikan. Bagi HPA pulau Tuba tidak sama dengan namanya kerana pokok tuba itu adalah sejenis pokok beracun yang digunakan untuk meracun ikan di sungai dan kolam.Hari ini Allah menghadiahkan Pulau tuba dengan hasil bumi organiknya iaitu beras organik. Dengan kesepakatan antara Mardi, Jabatan Pertanian dan LPP pulau ini telah berjaya menjadi kawasan pengeluaran beras organik yang produktif.

Salah satu produk keluaran HPA dipasaran ialah beras organik yang ditanam diPulau Tuba. Kini sudah sampai musimnya padi akan ditanam lagi dan terima kasih kerana HPA dipanggil untuk sama bermesyuarat bagi urusan pemasaran. Alhamdulilah.

Ke Langkawi lagi

Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati tetapi tetap dicemari dengan budaya luar yang sangat asing lagi negatif. Kedai-kedai minuman keras terdapat di kiri kanan jalan terutama di Pantai Cenang , sebuah tempat berehat di persisiran pantai yang permai lagi indah.

Satu lagi yang ingin saya tulis ialah usaha sekumpulan ahli budaya yang ingin mementaskan drama pembunuhan Mahsuri dan sumpahan 7 keturunan menjadi padang jarak padang terkukur. Unsur pementasan patut dilihat kembali kerana setiap kali sampai episod Mahsuri di tikam dan bersumpah, ribut taufan akan kembali berlaku secara realiti. Saya melihat terdapat unsur pemujaan seperti yang dilakukan di pulau Bali. Setiap tahun bila sampai ke episod tersebut berlaku ribut taufan yang kuat. Kenapa?

Inilah yang saya bimbangkan kerana kepercayaan kepada lagenda ini membuat masyarakat lebih percaya tentang keramatnya Mahsuri dan arak menjadi minuman pemuda pemudi termasuk kanak-kanak sekolah. Langkawi menjadi pulau mistik yang penuh dengan dosa dan noda.

Mudah-mudahan KPJ dilangkawi pada 11 hb nanti bagai setitis air dari paruh burung kecil yang cuba memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Bismillah kita melangkah ke Langkawi lagi.

08 June 2009

Kopi Diet

Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitanya dan jangan sekali-kali memasukan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.

07 June 2009

Musafir.

Wahai musafir pembawa kabilah dagang..
Di atas jalan inilah....
ada khabar orang dahulu
yang punya harta berjuta
kesemuanya di infakkan
dan Allah membeli dagangan mereka
tanpa ada satupun yang sisa.

Wahai musafir pembawa risalah dagang
di atas jalan inilah
ada berita yang menakutkan
kehancuran datang beriringan
sesudah munculnya ketamakan.

dan kini..
teruskan perjalananmu
dan pilihlah simpang mana yang kau mahu.

Konvek zon selatan.

Pemimpin HPA zon selatan telah mengambil satu langkah kehadapan dengan cadangan untuk mengadakan Mini konvek peringkat Zon Selatan pada 4/7/09 nanti. Tempat cadangan ialah di Dewan Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) johor. Mereka yang akan mengikuti program ini perlu mendapatkan kupon bernilai rm10 dengan ajk penaja sebagai tiket masuk. Zon selatan kini telah mula mengorak langkah kehadapan bagi memastikan pasaran selatan akan mula dikuasai InsyaAllah.

Sokongan dari kalangan ulamak.

Sampai hari ini HPA terus mendapat sokongan kuat dari gulungan ulamak. Sokongan moral dan fizikal ini dapat di dengari dimana-mana tempat. Ini menjadikan HPA kian jauh ke hadapan bagi menjadi peneraju dalam pengeluaran produk halal di negara ini khasnya dan di dunia amnya.Perniagaan HPA merupakan intipati kuliah produk halal yang disampaikan dalam masjid dan surau.
Namun bagitu kita sama-sama menyedari meujudkan produk halal bukanya seperti membuat kuih jemput-jemput di dalam kuali. Peniagaan ini perlukan sokongan dari semua pihak dan sudah pasti dalam mencari sesuatu yang sempurna akan ditemui juga kekurangannya . Bagi jiwa -jiwa yang bersih mereka akan terus menjadi matarantai untuk menggerakan pasaran halal dan bukannya menjadi pengkritik dalam setiap kali ujudnya kekurangan.

Cukuplah masa lalu yang kita habiskan hanya untuk menjadi pemerhati dan hari ini kita buktikan kebersamaan dalam satu muamalah ini demi kerana Allah dan Rasulnya. Jauh-jauh kita buang ,peniagaan hanya untuk kepentingan diri dan pengaruh. Berniaga dan berjuang ibarat menanam benih dan sudah pasti apa yang kita tanam itulah yang akan kita tuai nanti di negeri yang kekal abadi.Amin.

5 RFC lagi akan muncul.

Setelah RCH kedua dirasmikan pada 1 Jun yang lepas kini seluruh warga HPA ternanti-nanti pembukaan serentak RFC di negeri-negeri yang tersebut di bawah:-
1. RFC Melaka
2. RFC Kluang
3. RFC Kubang Kerian
4. RFC Kuantan
5. RFC Kangar.

InsyaAlah HPA akan membuka 20 buah cawangan RFC menjelang akhir tahun 2009 dan sekurang-kurang 20 buah cawangan RCH. Target terdekat RFC untuk luar negara pula ialah cawangan di Makkah sebelum musim haji tahun ini. Terima Kasih pada semua ahli HPA yang berkerja siang malam bagi memperkenalkan HPA pada umum.TK

Gudang Zon Selatan.

Pengurusan Zon selatan kini boleh menarik sedikit nafas lega dengan adanya gudang besar di Kluang Johor. Ini bertepatan sekali dengan kehendak pemintaan yang kian meningkat khususnya dengan bertambahnya cawangan-cawangan baru. Aiskrim yang dinanti-nantikan diselatan akan dihantar segera kesana.
Setor baru ini mampu memuatkan seluruh keperluan zon selatan. Saya mendapati pengurusan setor zon juga kemas dan cekap bagi memastikan tidak ada stok yang berkurangan di cawangan. InsyaAllah sebuah lori lagi akan dihantar bagi membantu mempercepatkan penghantaran. Tahniah kepada pengurus zon dan semua team yang memberikan kerjasama yang baik.

Perkataan: Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Pehak KKLIU tidak membenarkan perkataan ini di guna pakai dalam lable. semua produk herba. Oleh sebab itu pehak HPA telah meletakan stiker di atas tulisan tersebut namun bagitu nombor MAL...... sudah memadai menunjukan herba tersebut telah didaftarkan di Kementerian Kesihatan.

Leble baru yang akan dikeluarkan perkataan ini tidak akan di tulis lagi bagi mengelakan kekeliruan antara ahli HPA.InsyaAllah.

31 May 2009

Pengambilan 120 orang herbalis.

Kini HPA sedang membuka kepada umum bagi pengambilan 120 orang pelajar untuk berkhidmat sebagai herbalis sepenuh masa di semua cawangan HPA. Mereka yang berminat akan menjalani kursus herbalis selama 1 tahun di Institud Teknologi HPA Sungai Petani. Semua pelajar akan mendapat biasiswa sepenuhnya dari tabung pendidikan ITHPA dan syarat pemohonan adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sijil SPM/Diploma/Ijazah.
2. Mempunyai asas pelajaran sains peringkat menengah.
3. Boleh bertugas dimana-mana negeri di Malaysia.
4. Mempunyai minat yang mendalam dalam pengubatan herba.
5. Mempunyai keterampilan diri.
6. Proaktif dan inovasi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi dengan bahagian latihan seperti berikut:-
0193785079 (lutfi),0196330727(Sikin,Azira) . TK

Produk-Produk baru

Alhamdulillah kini sedang beredar produk-produk baru di pasaran:-

1. Rempah ikan dan daging

2. Minyak sahara

3. Lampin pakai buang (diapers)

4. Kicap lemak manis/Lemak masin ( dalam masa terdekat)

5. Ubat Anti lalat

6. Madu corcinium

7. Madu Ardisia.

Semoga semua cawangan adan agen stok dapat memastikan produk tersebut beredar dipasaran. InsyaAllah kita sedang menyiapkan 500 produk menjelang pembukaan HPA Halal Mall.InsyaAllah.

22 May 2009

Hotel El Zahra inn

InsyaAllah akan siap sepenuhnya dalam masa seminggu lagi. Majlis pelancaran akan diadakan berkemungkinan dalam bulan 6 selepas jemaah umrah HPA Ilham Holiday pulang daripada umrah. Umrah kali ini ialah seramai 75 orang akan bertolak pada minggu hadapan bersama dengan GM en Fisol Abdul Rahman, En Jafri (pengurus Ilham) dan para PJS seperti Hjh Syarifah Sulaiman dll. Kami juga mohon Doanya semoga Hotel El zahraa berjaya menjadi contuh Islamik hotel di Sungai Petani. Amin.

PIC di Taman Mini Jakarta.

Pagi ini seramai 700 orang peserta menanti untuk mengikuti PIC di Taman Mini Jakarta. Mereka datang dari pelbagai jaringan untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam pengubatan herba. Semangat mereka boleh dipuji walaupun kadangkala mereka tidak mempunyai keewangan yang mencukupi masih sanggup meminjam pada teman-teman kerana ingin menuntut ilmu. Budaya belajar sangat tinggi di kalangan pemuda Indonesia kalau tidak masakan Jakarta dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Buku-buku yang diterjemahkan juga bagitu banyak walaupun baru seminggu dikeluarkan dalam bahasa asalnya boleh didapati terjemahanya dalam bahasa Indonesia .

Ini juga jelas saya lihat apabila mereka lebih suka membeli buku daripada produk . Kecenderongan membaca boleh dijadikan budaya dalam HPA sehingga kita mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Saya mula memikirkan bagi menjadikan buku sebagai salah satu produk utama dalam peniagaan mlm kita. Kata perpatah "Siapa kita lima tahun lagi ditentukan oleh buku apa yang kita baca hari ini". Jadi HPA juga merupakan perpustakaan ilmu yang bergerak bersama ahli-ahlinya. InsyaAllah. Amin.

19 May 2009

Jawi Herb Shop

JHS akan dibuka pada setiap negeri dan kini HPA mempelawa mereka yang telah tamat dari sijil herbalis bagi memohon mengisi kekosongan yang ada. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan untuk temuduga. Antara syarat yang dikenakan selain daripada pernah mengikuti program sijil adalah seperti berikut:-

1. Rekod peribadi yang baik
2. Tidak mengamalkan pengubatan mistik
3. Menerima konsep perubatan HPA
4. Kontrak kerja selama 5 tahun
5. Tawaran gaji awal sebanyak : RM1200 + 5 % daripada untung bersih sebulan.
6. mereka yang berjaya akan mengikuti latihan pengurusan JHS selama 1 bulan.

Ini juga termasuk di seluruh Indonesia dan pemohonan boleh dibuat sekarang.

HPA beli 3 buah kilang lagi di Jejawi.

Bagi memenuhi pemintaan yang semakin tinggi pehak HPA terpaksa membeli lagi 3 lot besar kilang di Kawasan MIEL Jejawi. Kilang- kilang ini dijangka akan mampu menyediakan keseluruhan produk HPA bagi menyiapkan jualan 20 juta sebulan. Ini juga ada kaitan dengan persiapan besar HPA di Indonesia.

Pembesaran kilang sos,kilang biskut dan produk dari daging ayam akan diberi keutamaan. Disamping ini dalam tempoh terdekat kita akan mengeluarkan rempah,kicap dan bihun untuk pasaran halal.insyaAllah. HPA mula menjadi jenama pilihan utama kerana keyakinan pengguna dalam isu halal produk -produk keluaranya.