Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

11 December 2012

PBC Gelombang kedua 2013

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 30

Mampukah PBC Gelombang kedua 2013 mengatasi PBC Gelombang pertama 2005 -2011?

Jika dulu kopi Radix menjadi pemangkin utama PBC gelombang pertama, saya yakin kopi V-Radix dan produk Butea S boleh dijadikan sebagai pemangkin kebangkitan PBC gelombang kedua (2013). Kopi V Radix terbukti sebagai produk fenomena masa kini yang mampu ditampilkan sebagai produk killer utama yang menjadi kegilaan di kalangan masyarakat.
Dengan kelebihan ramuan 9 herba yang lebih ampuh dan perkasa beserta dengan harga dan nilai mata yang menggugat sudah tentu produk istimewa ini mampu untuk menggegarkan kembali pentas PBC serta mencetuskan jualan fenomena puluhan juta di pasaran.
PBC kali ini bakal kita berikan nafas baru dengan 5 Modul utama yang lebih menarik dan mengesankan serta kembali meniupkan semangat jihad bisnes yang tinggi dikalangan seluruh warga HPA.

Saya percaya apa sahaja permasalahan mampu kita selesaikan jika kita sama-sama menggembleng tenaga dan bersatu hati untuk menggempur kembali perjuangan di medan PBC. Lupakanlah sepenuhnya kepahitan masa lampau sebaliknya pelajarilah sesuatu pengajaran daripadanya. Mari kita tebus kembali setiap kesilapan dan kealpaan diri dahulu akibat sikap lupa diri dan kelalaian kita sendiri.

Sememangnya perit untuk kita bangkit kembali tetapi apakah kita sekadar mahu terus rebah dan mengalah atau kembali bangkit untuk meneruskan langkah perjuangan?? Saya percaya dengan kembali bersemaraknya PBC Gelombang kedua ini segala isu utama terutamanya tunggakan bonus yang menghantui kita sekian lama dan keputusan produk di pasaran dapat sama-sama kita atasi.

-Tulisan PJM cikgu Murad.

Terima kasih kepada PJM Cikgu Murad yang menghantar tulisan ini untuk renungan kita bersama. Saya mencadangkan  ramai lagi PJS yang akan  menulis bagi mengembangkan idea bisnes HPA InsyaAllah. Kita bukan pulau  sepi yang tiada penghuni tetapi kita adalah pengkalan yang menguruskan pedagang yang datang dan pergi. Jangan takut berhadapan dengan golongan kiri yang sentiasa negatif untuk menjadi insan sukses kerana mereka sudah memilik bentuk fikiran yang menghimpit mereka di kiri dan kanan perjalanan.  Kita akan terus menjadikan medan biseis HPA sesuatu yang manis untuk tujuan yang tinggi disisi Allah. InsyaAllah.

No comments: