Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

29 June 2012

RFC SATU PILIHAN.

RFC sebuah peniagaan yang memerlukan komitmen yang tinggi kerana bisnis ini memerlukan team yang betul-betul mantap. Sebagai sebuah restoran ayam segera, kesemuanya perlu disediakan sesuai dengan kehendak motonya "fresh,organik dan halal". Halal RFC bukannya sekadar namanya atau iklannya tetapi memang benar ayam itu diternak 100% sendiri oleh HPA Farm masa kini. Mulai dari kilang makanan ayam yang tidak menggunakan DCP ( dikalsium phosphate) sampailah kepada pemeliharaan bebas vaksin ,tanpa hormon pembesaran,tanpa sumber- sumber yang diharamkan. Pusat penyembelihan ayam RFC juga begitu bersih dan dikendalikan oleh para pekerja yang solat dan menjaga syariat setiap masa . Sembelihan tidak menggunakan renjatan eletrik ringan kerana dibimbangi ayam mati sebelum disembelih. Pisau dicucurkan air setiap kali sembelihan dilakukan dan ayam yang mati itu dipastikan tidak mati kerana tertindih satu sama lain. Begitulah sedikit catatan dari tempat pemeliharaan dan pusat penyembelihan ayam RFC untuk pengetahuan kita semua. IBA.