Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

19 July 2009

HPA menuju ke Putrajaya.

Sudah sampai masanya segenap kekuatan HPA digembling untuk operasi "gempur Radix" di Lembah Kelang. Bermula pejabat di Jejawi Perlis ,kemudian menumpukan kekuatan di sekitar Sungai Petani untuk menguasai zon utara kini....HPA akan mula berpengkalan di Lembah Kelang bagi menguasai pasaran zon tengah.

Team kerja,plan pemasaran,logistik dan stategi kita sudah siap dan dijangka penempatan baru akan bermula pada awal bulan hadapan. Beberapa cadangan tempat telah diberikan seperti Shah Alam,Bangi,Ampang dan lain-lain lagi namun bagitu kemungkinan besar lokasi yang akan diputuskan pada mesyuarat GM &AGM ialah di Putrajaya.

Rancangan ini pernah dirancang 5 tahun dahulu tetapi tertangguh kerana pembangunan HPA City Sungai Petani. Semoga KPA terus memberikan sokongan kuat sehingga projek ini berjaya.
Mereka yang akan bersama bergerak ke pentadbiran di Putrajaya ialah GM Fisol Abdul Rahman, GM Rashidah (MIS), GM Rosli (Acc) dan Puan Husni (pengurus Pentadbiran). Sehubungan dengan itu HPA akan mengadakan temuduga terbuka bagi melengkapkan semua pengurusan di sana.

HPA akan memindahkan "prototaip SP" ke Lembah kelang dengan melengkap pelbagai kemudahan disana. InsyaAllah.

No comments: