Sesudah HPA membuka kios di enam buah masjid di Ulu Selangor kini kita akan cuba membuka kios di hotel pula.Prestasi dari 6 buah masjid ini menjadikan terdapat banyak lagi masjid yang memohon agar HPA di buka ditempat mereka.Bagi HPA kita mensasarkan 50 buah masjid di Malaysia untuk pembukaan kios halal Hub HPA (H3)sebelum berakhirnya tahun ini..Betapa bahagianya dihati apabila anak jemaah mula membuat pilihan kepada produk halal.Mereka senang berbelanja kerana tidak ada sesuatu yang dibimbangkan disudut kesucianya.InsyaAllah. Masjid perlu menjadi pusat aktiviti masyarakat,tempat riadah,tempat menuntut ilmu,tempat mengeratkan ukhwah,tempat pertemuan dan tempat mendapatkan sumber yang halal.
Langkah ke dua ialah membuka kios H3 di hotel-hotel bagi menyediakan kemudahan berbelanja produk halal khususnya untuk pelanggan hotel yang datang dan pergi.Beberapa buah hotel telah dikenalpasti untuk tujuan diatas.Paling kurang sebuah Kios Halal Hub HPA(H3) akan disiapkan pada bulan Mei ini sebagai contuh.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment