Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 February 2009

Pak Kusnadi .

Tidak kusangka pertemuan terakhir di hotel King Melaka bulan lepas merupakan perpisahan buat selama-lamanya dengannya.Drs Kusnadi kelihatan tenang sahaja walaupun kesihatanya nampaknya semakin terganggu.Bagitulah sifatnya dimana sahaja aku berada dia sentiasa muncul bersama untuk mengikuti kuliah perubatan jawi ataupun berbincang bagaimana memperkembangkan perubatan Islam ditengah-tengah masyarakatnya.Dia menjadi pembantu yang sangat membantu kepada perjuangan HPA. Hampir lebih 80% pelajar sijil adalah datang dari saranan Pak Kusnadi.Program bekam dan pembukuan kuliah perubatan jawi juga hampir semuanya dibuat oleh Pak Kusnadi. Dia seorang yang pintar,idea dan sarananya membayangkan kepintaran luarbiasa yang tersembunyi di dalam dirinya.

Pak Kusnadi seorang yang berjiwa besar,berjuang bukan untuk kepentingan diri.Pendapatanya digunakan kembali bagi membantu teman-teman yang tidak cukup pendapatan hidup.Beliau membantu pesantren di Batam dan tempat-tempat yang lain.Wajahnya tenang dan cerah miskipun matanya tidak dapat melihat lagi.Solat berjemaah tetap istiqamah dengan bantuan teman-teman yang terus mengiringi beliau dimana sahaja dia berada.

Rumah beratap rumbia berdinding buluh akan terus merakamkan sebuah kenangan bersama dengan Pak Kusnadi,disitulah kami sering bertemu,sama-sama solat berjemaah dan sering ingat mengingati tentang perjuangan yang masih jauh dihadapan.Bagiku dia seorang yang sangat setia dengan perjuangan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cubaan.Aku benar-benar yakin bahawa kami bertemu kerana Allah dan kami berpisah juga kerana Allah.Miskipun kesedihan luarbiasa kurasai namun semangatnya yang kuat akan menjadi obor terus menyala dalam perjuanganku yang sedang menanti.

Mohon Maafku pada keluarga pak Kusnadi kerana saat terakhir tidak dapat bersama atas keuzuranku yang telah kalian maklumi.Semoga ibu Ayi dan semua keluarga diberi kesabaran oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini .Walaupun pak Kusnadi telah kembali tetapi semaiannya telah tumbuh,berbunga dan berbuah buat menjadi bekal perjalanya dialam abadi.
Selamat Jalan wahai temanku sesungguhnya kami sangat menyayangimu dan ingatan ini akan kekal dihati .

No comments: