Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

27 December 2008

Pembesaran kilang Radix Koko.

Dalam kegawatan ekonomi yang kian melanda negara kita dan disamping pemberhentian pekerja-pekerja di kilang-kilang,HPA pula mengambil langkah menambah pekerja lagi untuk meningkatkan pengeluaran Radix koko dipasaran.Ini tidak dapat dielakan kerana sejak Radix Koko diperkenalkan kita langsung tidak ada stok di gudang utama.Pengurus Stor Tunjang,en Izaham menyatakan bahawa lonjakan pemintaan zon dan cawangan sangat tinggi sehinggakan ianya boleh menyamai pemintaan Kopi Radix.

Bagi pehak HPA Industri pula,en zakaria selaku pengurus pengeluaran berkata bahawa mereka akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi kekurangan ini dan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.Koko Radix juga akan mula diiklankan dalam TV apabila stok kita mencukupi dan pembikinan iklan ini sedang dilakukan.Para leader HPA perlu mengambil kesempatan ini bagi memberikan motivasi kepada ahli-ahli bahawa banyak lagi produk killer kita yang akan beradu kekuatan dipasaran.Apapun nikmat yang kita dapat semuanya daripada bantuan Allah mungkin doa dari para ahli yang ikhlas berjuang dengan niat yang jelas.Amin.

No comments: