Semua manusia perlukan latihan
yang betul untuk berjaya. Latihan itu tidak cukup jika dilakukan tanpa
modul yang baik. Pembentukan "will power" mestilah bermula dengan
keyakinan dalaman hasil dari sebuah latihan. Kejayaan mendatangkan
ribuan orang ke program bukan sebuah kejayaan dan keupayaan "convincing"
tetapi boleh jadi arus sederhana yang kosong. Kita tidak mahu program
seperti memberi padi pada ayam sebelah pagi, semua ayam datang dan habis
padi semuanya lari. TFT ialah program membentuk pasukan "elite" yang
tidak berganjak dari perjuangan. Mereka sanggup mengorbankan diri dengan
menelan pil "sinida" dari jatuh ke pihak musuh. Bila usahawan mampu
dididik sebegini mereka akan mampu membangunkan ekonomi dunia dengan
keberanian dan menjadi asset negara dengan tidak mengira mereka berada
dimana, siapa mereka dan dari mana asal mereka.
Pages
▼