Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

26 March 2009

ayahku dalam kenangan.

Sudah lama tidak menziarahi makam ayah,tiba-tiba pagi ini kenangan lama menerpa membuka kembali ingatan tika bersama.wajah redup ayah menyimpan kesakitan dalam tempoh yang agak panjang.Namun dalam keadaan duduk ayah tetap menjaga solat.Sendi-sendi yang membengkak nampak merah dan ada yang mengeras seperti tulang tak upaya dilakukan apa lagi .

Mungkin dari pengambilan ubatan antasid yang lama menjadikan kedua buah pinggang ayah rosak dan doktor menyarankan menggunakan mesin hemodilisis.Ayah berkeras namun masih lagi membenarkan tanganya dimasukan tiup untuk tujuan tersebut pada bila-bila masa.Aku melihat betapa sukarnya kerja-kerja doktor kerana ayah hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.Berat badan ayah juga disekitar 40kg tidak sukar aku mengangkatnya ketika hendak mandi.Pada ketika itu usiaku juga masih muda dan sama kuat dengan pemuda kampung yang boleh menanggung segundi padi di bendang.

Dari sinilah kesedaranku muncul bagi mencari penawar terbaik dari tumbuh-tumbuhan dan aku agak bernasib baik kerana keluarga dari sebelah ibu memang telah lama terlibat dalam pengubatan herba.Ayah juga mahu mengambil pegaga dan akar lalang yang aku sediakan dan keadaan kesihatan ayah juga nampak ada sikit perubahan.Ayah menggagahi diri berjalan pada waktu pagi untuk pesiapan mengerjakan umrah dan haji walaupun selama ini ayah hanya berada diatas tilam sahaja.
Tahun itu kami mengerjakan haji bersama.Di arafah aku lihat ayah terus berdoa dengan linangan air mata Sepanjang musim haji kami sering berdua menghabiskan masa dalam masjidil haram dan masjid nabawi.Ayah nampak bagitu gembira kerana katanya kalau nak matipun sudah sempurna ibadah haji dilakukan.Pulangnya dari Makkah,ayah tak turun rumah lagi,ayah demam demam ringan dan tidak lama selepas itu ayah meninggalkan aku ,keluarga dan dunia buat selama-lamanya.Sampai hari ini doaku tidak pernah lupa pada ibu dan ayahku."Ya Allah semoga aku bertemu lagi ayah di dalam jannah-jannah Allah yang sedang menanti melalui jalan peniagaan ini .Amin.

Sardin dan ayam

Kita melangkah setapak lagi kehadapan bila berjaya keluarkan produk dalam tin dari ikan sardin dan ayam organik.Belum ada lagi ayam organik di tin kan.Inilah kejayaan kita bersama dimana kesungguhan ahli-ahli mengangkat HPA untuk mencapai impian .Namun bagitu kita perlu masa untuk bersabar bagi HPA menyiapkan semua stok produk yang dikeluarkan.

Sebenarnya HPA juga menghadapi masalah bagi mendapatkan sumber dari pembekal seperti kismis,mangga,madu dan lain-lain lagi kerana ia terkait dengan stok semasa.Kadangkala sesuatu produk yang sampai dari negara luar juga tidak mengikut standard seperti yang dikehendaki.Kordial mangga Perlis misalnya pada tahun ini buah tidak menjadi dan stok amat sedikit menyebabkan pengeluaran juga terhenti.

Inilah sedikit jawapan bagi ahli-ahli yang sering bertanya tentang stok produk-produk tertentu kenapa sampai habis.Saya rasa hal ini akan dapat kita atasi apabila jumlah stok yang ada ditingkatkan dan ahli-ahli membuat pilihan dengan produk lain yang sedia ada.

25 March 2009

Harga Ayam di turunkan.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan.Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi.Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan.Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah,tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia.Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.

Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli rm 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata.Skim ini berkuatkuasa sertamerta sehingga masa tertentu.Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal.InsyaAllah.

23 March 2009

Buah naga dan industri disebaliknya.

Selain daripada khasiat buah naga yang di promosi,harga juga menjadi faktor ramai petani khususnya orang Melayu melibatkan diri dalam penanaman ini.Tanaman ini agak mudah diusahakan kerana ia merupakan tanaman tahan air dan rintangan alam.Kadangkala saya melihat ladang-ladang yang bagitu besar dimiliki dan diusahakan oleh orang melayu.Sesuatu yang telah pasti,mereka yang menjual benih benar-benar mengaut keuntungan awal sebelum buah naga dapat dituai.

Apabila buah naga sudah dapat dipungut,dek kerana rasanya yang tak sedap(walaupun warnanya cantik kemerah-merahan)sekali lagi petani menghadapi masalah pemasaran.Bagaimana pula petani-petani dari kalangan orang cina yang membuka perladangan ini?sudah tentu mereka telahpun bersedia bagi memasarkan buah naga seperti yang mereka rancangkan.Mereka juga tidak ada masalah untuk memasarkanya dan produk mereka terbaru ialah WINE buah Naga.Bolehkan orang melayu melakukannya!!!!!!!

18 March 2009

Buat perubahan segera!

Pada semua ahli-ahli yang memasukan gambar RFC hendaklah membetulkan semula dengan warna oren hitam(Identiti HPA).Ini akan membezakan antara RFC dan KFC.Sudah sampai masanya kita membuat perubahan ini dan identiti kita membayangkan misi yang jelas "Produk Halal tanggung Jawab Bersama".

RFC juga membuat tuntutan agar hal ini diuruskan segera sebelum hujung bulan march ini dan bagi bagi pehak HPA kita tidak ada masalah dalam soal warna kerana yang kita perjuangkan ialah peniagaan bukan warna.Semua ahli-ahli perlu membuat perubahan segera bagi membuktikan kesatuan kita tersusun dan akur dengan arahan yang diberikan.InsyaAllah.

Akad - ijab kabul

Ijab kabul merupakan isyarat persetujuan walaupun tidak ada ungkapan suara.Sah jual beli jika sama-sama meredhoi dengan wang dan produk yang bertukar tangan.Perubahan zaman yang canggih menyebabkan keluasan fikh perlu diamalkan seperti sesaorang yang membeli minuman dari petisejuk yang cuma memasukan wang siling.Kita memerlukan pakar-pakar ekonomi Islam bagi membincangkan peniagaan hari ini berdasarkan hukum-hukum syariat.

Jika ini dapat dilakukan saya meyikini kita akan dapat keluar daripada kesempitan pandangan yang menyebabkan umat Islam terpinggir dari arus ekonomi dunia.Akibat daripada inilah akhirnya Islam menjadi jumud dan mundur untuk mentadbir dunia dengan Deen Ilahi.

MLMS - Kajian bukan sesuatu yang baru.

HPA ingin memaklumkan bahawa program pengistiharan MLMS HPA merupakan program dalaman untuk membuktikan bahawa peniagaan MLM boleh jadi halal dan boleh jadi HARAM!Kajian ini hanya merujuk kepada MLM HPA sahaja berdasarkan pelan pemasaran yang telah diluluskan dalam lesen AJL bukanya skim baru yang diujudkan.

Pehak kami sangat-sangat berharap sebagai umat Islam agar peniagaan MLM tidak disalah ertikan sebagai peniagaan yang memeras keringat orang lain.Oleh itu usaha membersihkan sektor peniagaan ini perlu dilakukan oleh semua pehak jika benar-benar kita meyakini bahawa MLM sah dalam peniagaan Islam.Peniagaan itu mestilah jelas dan tidak ada selindung dibalik perangkap sistem yang menyebabkan akhirnya MLM dilihat peniagaan yang tidak beretika.

HPA Mara ke zon Selatan

Peluang peniagaan produk halal bersama HPA kini mula terbuka di Selatan.Selain daripada pemintaan stokis yang yang tinggi ,peningkatan ahli juga bagitu ketara.Muncul lagi pemimpin-pemimpin yang gigih di merata tempat termasuk sokongan padu PJS-PJS dari Zon Utara yang terus menerus melebarkan jaringan mereka tanpa sempadan negeri.

Kita meyakini selepas peresmian 8 buah cawangan baru HPA di negeri Johor pada esok hari dan diikuti dengan cawangan PD di Negeri Sembilan serta Masjid Tanah di Melaka , bermulalah arus kebangkitan HPA kali kedua di Selatan.Terima kasih pada semua PJS Selatan yang mampu bertahan sehingga situasi pasaran kini berpehak kepada kita.Terima Kasih pada Kak Minah dan abang Aji ,pusat agensi yang sangat setia bersama HPA.Allah sahaja yang membalasnya.Amin.

14 March 2009

Makanan Bayi "Radix Baby"

Syukur ,tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan makanan bayi daripada berbagai bijirin terpilih sebagai pilihan dipasaran.Usaha ini dibuat memandangkan pemintaan daripada ahli yang terlalu banyak menggesa agar syarikat menyediakan makanan khas untuk anak-anak ahli.Asas makanan ini ialah padi organik yang bebas 100% daripada penggunaan racun bermula daripada awal penanaman sampailah kepada peringkat pengambilan hasil.Padi organik dicampur dengan pelbagai jenis bijirin untuk perkembangan tubuh dan minda anak diperingkat awal pertumbuhan.
Makanan ini juga menjadikan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit sesuai dengan matlamat HPA yang ingin mewujudkan generasi yang kuat tubuh badan serta memiliki aqidah yang benar.Dijangka makanan ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan April.InsyaAllah.

koleksi pakaian HPA

HPA collection kini telah mengeluarkan baju kemeja lelaki dengan butangnya tertulis perkataan HPA.Baju baru ini dibuat dari kain terbaik dari korea dan dijual dengan harga yang berpatutan.Kita akan mula membuat corak batik dengan usahasama dengan uitm Merbuk dan akan berada dipasaran dengan secepat mungkin.Bagitu juga dengan pakaian anak-anak kecil yang menutup aurat sedang dalam persiapan.
HPA juga sedang mencari pereka fesyen pakaian dan pereka motif tekstil bagi menampilkan pakaian menutup aurat seperti syariat terutama untuk semua peringkat umur.Ini melengkapkan peniagaan HPA dalam semua bidang yang menjadi keperluan umat Islam.Amin.

13 March 2009

Sate Radix

Minggu ini kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku.Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan.Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.
Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis.Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan.Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

12 March 2009

Khalifah fil Ardh

Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi bagitu dan bagini.

Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit cinta dunia dan takut mati.

Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu.

Kicap HPA

HPA akan ,memasarkan segera kicap lemak manis dan kicap masin sebagai pilihan baru pada ahli ahli.HPA juga pada saat ini sedang giat menggenapkan 500 produk dipasaran sebelum berakhirnya tahun 2009.Target 150 cawangan menjelang bulan jun akan dapat dicapai,InsyaAllah dengan penambahan cawangan-cawangan baru yang banyak di zon selatan.Pada minggu hadapan sahaja mungkin lebih daripada 8 buah cawangan baru akan mula beroperasi.

Adanya cawangan baru bukanlah pesaing pada stokis tetapi memberikan kemudahan bagi mendapatkan produk yang mudah dan agen stok tidak perlu memperuntukan modal yang tinggi untuk mencukupkan stok pada satu-satu masa.Jika 500 produk yang ada dipasaran ia memerlukan di sekitar rm1 juta bagi sesebuah cawangan.

Lagipun sebahagian barang-barang pengguna memberikan keuntungan kecil tetapi berat dan sukar untuk dibawa kesana dan kesini.

10 March 2009

KPJ DI KL akan di adakan di De Palma Ampang.

Seperti yang kita maklumi hotel de palma Ampang merupakan hotel pertama di Malaysia yang mendapat keizinan untuk mengadakan solat Jumaat.Pehak HPA merakamkan ucapan tahniah atas kesungguhan pentadbiran yang ingin menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah.Walaupun kita tahu proses sepenuhnya belum boleh berlaku tetapi cita-cita kearah itu sedang berjalan.

Kita ingin menngambil kesempatan atas niat yang sama, KPJ bulan ini akan diadakan di hotel ini (De Palma Ampang) pada 26hb akan datang.Kita sama-sama mendokong cita-cita tersebut.Amin.

Ais Krim Toiyibah

InsyaAllah akan mula beredar dipasaran mulai sekarang.Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer .Selain daripada makan bersama pisang,aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis .Tekturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain.Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan.Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

Ucapan PU semasa Perlancaran Ais Krim Toiyibah

Kita mengharapkan peniagaan aiskrim akan menjadi satu peluang lagi pada ahli-ahli untuk berniaga produk halal.Walaupun peniagaan aiskrim nampak seperti peniagaan anak-anak namun disegi pemasaranya peniagaan ini juga menguasai market jutaan ringgit.amin.

HPA mengamalkan prinsip peniagaan Al Ju'alah


Deklarasi Panel Syariah "MLMS HPA"

Penjelasan prinsip peniagaan Al Ju'alah

Seminar MLMS telah selesai kita adakan dengan keputusan dari panel syariah bahawa MLM yang dijalankan oleh HPA adalah tidak terkeluar daripada muamalah Islam.Prinsip al Ju'alah iaitu peniagaan bersyarat dibentangkan dengan mendalam.Mengambil kira akad peniagaan awal bahawa syarikat akan memberikan bonus apabila penjual(pengedar) memenuhi syarat seperti Nilai Mata yang telah diputuskan.

Keuntungan diambil daripada syarikat jelas kelihatan kerana faktor ketentuan harga tidak beza dengan harga jualan konvensional.Jika harga menjadi terlalu tinggi bererti bonus tersebut diambil daripada pembeli dan disinilah keunikan peniagaan HPA bahawa walaupun mengamalkan dasar MLM namun harga masih diparas biasa.

Al Ju'alah diterima pakai apabila ujudnya kesepakatan awal yang jelas bukanya samar-samar dan berlakunya keadilan dalam peniagaan.Tidak ada sesiapa yang menanggung rugi dalam transaksi ini.Walaupun pengedar tidak dapat memenuhi 50 NM namun bukan bererti pengedar rugi dan syarikat untung tetapi pengedar masih mendapat untung runcit yang tidak dapat jika membeli produk itu di pasaran konvensional.

Umrah masa cuti sekolah.

InsyaAllah sehingga kini rombongan untuk mengerjakan umrah pada bulan Mei nanti telah melebihi 60 orang.HPA ILHAM HOLIDAY telah mula membuat persediaan bersama Ustaz Khairul Anwar bagi memastikan kelancaran perjalanan umrah kali ini.Mengendalikan umrah bukanlah perkara mudah kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi terutama ketika anak jemaah dalam keadaan letih dan memerlukan bantuan.

Namun dengan dibantu oleh PJS KPU yang akan pergi bersama diharap perjalanan ini akan dimudahkan Allah.Namun bagitu HPA ILHAM masih lagi membuka kepada semua ahli-ahli yang bercadang bagi melakukan umrah pada tahun ini dengan kos dibawah rm6000.Semoga perjalanan ini akan diberkati Allah.Amin.

09 March 2009

Ucapan Terima Kasih


Ucapan Terima kasih kami seluruh wargakerja HPA atas kesudian pehak tuan puan hazir kemajlis seminar MLMS yang di adakan di tabung haji hari ini.Semoga acara keilmuan ini akan membuka lebih luas wawasan kita untuk meyakini bahawa kita mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain.Etika kerja Islam yang bersih lagi amanah dapat kita tunjukkan dalam bidang muamalah ini agar tidak ada siapa yang rugi atau tertipu dengan pelbagai jenis peniagaan yang samar-samar.

Semoga syarikat-syarikat MLM yang lain juga dapat mengadakan penal syariah sendiri bagi mengukuhkan peniagaan mereka dengan meluruskan peniagaan berteraskan syariah Islam.Kalau kita melihat bank-bank yang ada di Malaysia juga telah kembali kepada pembankan Islam kenapa tidak MLM itu sendiri di tentukan garisan halal dan haramnya.Dahulu kita mengenal Insuran tetapi hari ini telah ujud Insuran Islam yang di kenali sebagai takaful.Bagitulah sewajarnya umat Islam selangkah kehadapan dengan tidak membawa pemikiran-pemikiran jumud dalam dunia moden hari ini.

Ulamak sepatutnya melangkah bersama menjadi imam dalam menghadapi situasi kekeliruan atas dasar-dasar hukum yang tidak jelas.Tahniah kepada panel Syariah yang merintih jalan untuk mengangkat pembincangan ilmu ekonomi ini.Amin.

08 March 2009

HPA akan keluar makanan dalam tin

Kini HPA mula merancang bagi mengeluarkan makanan dalam tin seperti sardin,daging lembu,daging kambing,ayam dan itik. Ini merupakan satu langkah kehadapan bagi menyiapkan produk halal dalam bentuk tin. Produk ini akan memenuhi pemintaan tempatan dan import InsyaAllah. Sekali lagi ummat Islam diberikan pilihan untuk memilih sesuatu yang terjamin halal dan bersihnya. Kita mewujudkan perniagaan ini kerana amanah bukannya semata-mata untuk bersaing di pasaran terbuka. Amanah daripada Allah agar memakmurkan bumi ini dengan sesuatu yang halal dan baik. Ahli-ahli HPA merupakan penyumbang saham terbesar dalam menentukan survivalnya HPA untuk hari ini ,esok dan akan datang Biiznillah. Amin.

Kita harus bergerak pantas bagi menyelamatkan ummat dari terus menggunakan produk haram di pasaran. Tidak ada masa untuk bercakaran dalam polimik peniagaan dan isu yang tidak berkesudahan.Menjadi ahli, ikut PBC, ikut KPJ dan teruskan perjuangan.

Rekod kedatangan KPJ Kuantan

Malam tadi walaupun sampai lewat KPJ Kuantan ,program terus berjalan dengan kehaziran lebih 300 orang.Ada diantara mereka yang datang dari perjalanan yang jauh memenuhi ruangan Hotel Vistana Kuantan.Walaupun masa sudah menunjukan jam 11-30 tetapi mereka masih tidak bergerak.Diluar hotel pula kelihatan kereta berderetan sampai kejalan raya dan dipercayai ada sebuah bas khas yang ditempah untuk datang ke program HPA.
Saya sempat memberi ucapan 15 minit rasanya,dengan info terbaru bahawa HPA akan membuat rebranding dengan pakagingnya yang lebih menarik.Kemungkinan besar awal bulan 4 kita akan dapat melihat betapa cantiknya pakaging baru produk HPA disamping khasiatnya yang telah diakui.
Dahulu kita berlabelkan kertas fotostat ,tiada perunding imej tetapi pengedar tetap setia menyatakan produk kitalah yang terbaik.Inilah perjuangan kerana hendakkan sesuatu yang halal mereka sanggup berhadapan dengan sindiran orang.HPA maju setapak kehadapan menyiapkan kekuatan dari segenap aspek agar kesyumulan Islam itu ada pada peniagaan HPA.Produk Halal lagi bergaya di pasaran.InsyaAllah.

Seminar MLMS satu kesedaran terbuka..

Asal peniagaan hukumnya harus,apa yang mengharamkanya ialah pelaksanaan peniagaan tersebut.Mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram bukan daripada ajaran Islam lantaran itu pengukuran sesuatu perkara baru mestilah dikembalikan kepada institusi ulamak yang punya autoriti.Jika anda seorang ulamak yang mencari kebenaran dalam keluasan ilmu fikh Islam datanglah kemajlis ini kerana anda akan bersama-sama 11 orang ulamak yang akan memutuskan peniagaan HPA samada menjadi MLM konvensional ataupun MLM Syariah.

JIka Insuran diharamkan dalam Islam maka Takaful pula dibenarkan.Insuran dan Takaful adalah peniagaan yang sama iaitu memberikan perlindungan kepada setiap ahli yang membuat caruman.Apakah bezanya yang satu dibolehkan dan yang satu lagi diharamkan?
Anda berasa bertuah kerana dapat mengikuti seminar terbuka ini yang akan dihaziri oleh pelbagai pehak termasuk JAKIM,UIA,peniaga MLM selain HPA,ahli-ahli dan bukan ahli HPA dan lain-lain lagi.Sebuah buku MLMS akan di edarkan sebagai garis rujukan perbincangan peniagaan ini.
Usaha yang lanjut akan diteruskan oleh Institut Teknologi HPA dalam kursus yang ditawarkan "Pengurusan Peniagaan MLMS".Hasil pendidikan inilah akan melahirkan para dai MLM bukanya peniaga yang lupa matlamat peniagan sebenar dan bergelut dalam peniagaan dunia yang tidak berkesudahan.

Nota: Seminar dan Pelancaran MLMS akan berlangsung di Dewan Besar Lembaga Tabung haji, Menara Tabung Haji, Jln Tun Razak KL, pada 9hb March 2009 jam 8.00 pgi hingga 4.00 petang dirasmikan oleh PU serta pembentangan kerja kertas MLMS oleh panel Syariah HPA. Rujuk tentatif: http://hpa.com.my/mlms.php

07 March 2009

KPJ di Kuantan

Maaf pada semua peserta KPJ Kuantan malam ini kerana pada saat ini jam 9.19 mlm saya masih lagi di airport Penang .Firefly sepatutnya bertolak ke Kuantan pada jam 7.20 petang tadi tapi sedang kapalterbang meluncur dilandasan untuk terbang tiba-tiba keluar asap tebal dari kipas sebelah kiri.Lantas segera berhenti dan akhirnya berpusing balik ke airport .

KPJ Kuantan kini diisi oleh saudara Jafri dan InsyAllah malam ini saya akan terus juga ke Kuantan dan mudah-mudahan Allah selamatkan perjalanan malam ini dengan Kapalterbang yang lain .Amin.

Kalau apapun berlaku saya sudah menjamakan solat magrib dan Insya.Allahuakbar.

Nota: PU dah pun selamat sampai ke Kuantan lebih kurang 10.30 malam

06 March 2009

Bukan Saka tapi Pusaka

Penyakit yang dikatakan punca dari "saka"(jin) perlu di teliti semula kemungkinan besar kerana mengambil makanan haram hasil pusaka keluarga yang tidak bersih.Pengambilan makanan haram meujudkan kegelisahan dalam hati menurut Ibnu Qayim Al- Jauziyah. Sebelum kita menuduh sesuatu penyakit itu adalah gangguan jin terlebih dahulu perlu diteliti dari mana sumber makanan kita sehari hari.

Ini kerap berlaku pada dunia artis dan pekerja di tempat-tempat yang tidak syar'i. Pendapatan yang tidak halal menyebabkan tubuh tetap menolaknya dan membentuk penyakit rohani yang tidak mampu difahami oleh manusia.Apabila berlaku diluar kemampuan akal , jalan mudah untuk menutup kejahilan,penyakit itu katakan datang dari masalah jin atau saka.

Jin dan keturunan pula yang disalahkan sedangkan dirinya tetap bersih dari dosa. Bagaimana dengan ajaran Islam yang mengajar doa seperti berikut "Tidak ada Ilah(rab) melainkan engkau(Allah), sesungguhnya aku termasuk kaum yang Zalim".Mengaku kezaliman diri sendiri lebih cepat berlaku penyembuhan daripada penyakit spiritual ini. InsyaAllah.

Maulidur Rasul kita berkerja.

Masih terasa kehangatan perjuangan Rasul,membelah badai mengharung ombak,berhempas pulas bagi mengembalikan tujuan kehidupan didunia walaupun sesempit ruang batas waktu yang boleh dihitung masa dan detiknya.Inilah sosok tubuh yang menjadi sanjungan pada mereka yang terbuka matahati,terpaku pada saat kehidupan yang sangat harmonis sehinggakan dirasakan oleh setiap orang yang mendampinginya.Rasa dihargai,manis bahasa bagai halwa ditelan jauh-jauh menerbit cinta yang tidak berbelah bahagi.Dia kaya ditengah-tengah orang kaya,tidak memerlukan baki pada dunia,seadanya dan miskin dikalangan orang miskin namun tidak pernah meminta pada makhluk.
Aku jadikan dia insan paling tercinta mengalahkan cinta pada diri,keluarga dan apatah lagi peniagaan yang tetap menjadi jambatan aku padanya.Di atas perasaan inilah tubuh tidak pernah kalah dengan seribu ujian dan rasa miskipun kekadang dipandang serong sebagai pemburu buih-buih dunia yang hampa.Aku dibantu disegenap penjuru oleh teman-teman yang mampu menembusi hati dan perasaanku sama berjuangan sambil jari terus membilang apa lagi yang perlu kita lakukan untuk menampung kebocoran pada ummat akhir zaman ini.
Biarkan semua orang bercuti kerana menyambut hari mauludmu tapi aku akan terus bekerja kerana menyambut seruanmu.Aku bersalawat dan mengingati Rasul ditengah medan yang sedang sengit berjuang dan bersalawatlah kalian di masjid dan surau nanti selesai, makan dan minumlah dari bingkisan halal kirimanku itu.Medan berkata-kata tak sama dengan medan beramal lantaran itu lebih ramai memilih untuk menjadi pemidato dari manjadi dai produk halal.
Ya..Allah saksikanlah perjuanganku ini adalah bunga cintaku pada Rasulmu.Salawat dan salam untuk Rasul pilihan dan segenap tubuhku menyaksikan kecintaan ini yang tidak akan padam padam.
Marilah teman,kita nyalakan api yang telah padam miskipun kekadang kaki tersadung batu dan duri tajam.Miskipun kau merangkak teruskan perjalanan kegarisan , disana menanti sebuah senyuman dari Rasul pilihan yang sentiasa berdoa untuk kau gagah melangkah dan terus melangkah.Doakan aku juga tidak gugur dipertengah jalan.Amin Ya Rab.

Zun Selatan bangkit.

Tahniah...tahniah ..tahniah pada team kerja zon selatan dan semua ahli-ahli terutama PJS-PJS yang bertungkus lumus mengiklankan HPA. Majlis perasmian 8 buah cawangan HPA di Johor akan diadakan serentak di Cawangan Rengit(salah satu cawangan baru HPA) pada 19/3/09 dan di Masjid tanah pada 20/3/09 dan di Port Dickson pada 21/3/09.
Zon Selatan kini memiliki 22 buah cawangan bagi menggerakan pasaran halal dengan lebih aktif.

Ini membuktikan bahawa kita boleh membuka cawangan-cawangan dimana sahaja kerana ahli-ahli HPA yang dahulunya tidak aktif kerana kesukaran mendapatkan produk telah kembali menyokong peniagaan ini.Syukur.

ROC di serbu orang.

Selepas restoran Cheng Ho di Kuala Lumpur menjadi perbualan orang kini ROC di Sungai Petani pula jadi tumpuan.Malam tadi ramai sekali pelanggan yang terdiri dari kaum Cina,India dan Melayu datang bagi mencuba makanan cina halal yang disediakan oleh HPA. Buat masa kini tempahan makan malam telah banyak diterima terutama daripada pehak bank,badan kerajaan dan swasta.
Kita telah berjaya buktikan tanpa memasukan sumber-sumber yang haram,makanan masih sedap dan berkhasiat.Terima kasih pada en Hirman yang menguruskan persiapan makanan dan tahniah kepada Pn Khairul Nisak dan team yang nampaknya tidak letih-letih melayan tetamu.
Terima kasih juga pada PJS Asri,Kak Zaini,Kak Pah,Asri CIMB dan semua PJS-PJS yang terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kedai Komputer di HPA City.

Memenuhi keperluan syarikat, ahli dan bukan ahli kini HPA telah siap membuka sebuah kedai computer atas nama HPA Multimedia & servis di lot berhampiran dengan Jawi Herbs Shop.Ahli-ahli boleh mendapatkan computer,LCD,alatan-alatan computer dan termasuklah pembaikan computer .Adalah diharapkan kedai computer ini akan menjadi salah satu tempat dimana ahli-ahli terutamanya berbelanja.

Disini juga akan dibuka kelas computer kepada anak-anak ahli disamping kemudahan internet café .Kedai ini di uruskan oleh saudara Hafiz Ismail dan dibantu oleh saudara Suhairi ,dimana kedua-duanya mempunyai kelulusan dalam bidang computer Multimedia.InsyaAllah.

Cawangan Arau.Perlis.

Lokasi ke tiga HPA di Perlis ialah di Arau.Kerja-kerja persiapan tempat akan siap dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.InsyaAllah Ini merupakan tempat ketiga selepas Kangar dan Padang Besar.Cawangan ini terletak dijalan utama antara pekan Arau ke pekan Kodiang Kedah.Pehak HPA mengucapkan terima kasih kepada PPK Mada atas kesediaan menyewa bangunan kedainya.

Menurut AGM Ustaz Samad tempat ini bukan sahaja untuk penduduk Perlis tetapi berhampiran dengan sempadan Kedah yang mejoritinya terdiri dari orang Melayu yang komited dengan ugama dan sensitive dengan isu halal haram.

05 March 2009

DEEP C.

Hari ini saya sepetang menyiapkan masakan herba Deep Cleansing yang kini diluluskan pendaftaranya oleh KKM atas nama Deep C.Semua herba disiapkan terlebih dahulu dan DC menggunakan herba-herba yang sukar didapati.Ada yang terpaksa kami ambil dari kawasan tinggi utara Thailand.Ubi "krong kemau" yang digunakan untuk ayam sabung tenyata menjadi herba utama dalam Deep C.

Saya pelajari ilmu ini dari herbalis di Bangkok 7 tahun dahulu.Beliau sebenarnya seorang pilot kemudian menjadi sami dan isterinya berkerja di Istana Raja Thailand.Beliau sanggup datang ke Jejawi Perlis dan selama 2 hari mengajar saya memasak di kampung.Ibu saya menjadi penterjemah bahasa Thailand ke bahasa Malaysia yang cekap.Sepanjang 2 hari kami banyak juga bercakap tentang ketuhanan.Seperti yang kita tahu mereka mempunyai tauhid rububiyah iaitu mengakui bahawa alam ini adalah diciptakan oleh tuhan.Tuhan dalam istilah mereka ialah OOM mungkin sama seperti ugama Hindu.

Beliau banyak menceritakan tentang ajaran Budha namun sangat tertarik dengan kesamaan yang terdapat dalam ajaran Nabi kita.Perbincangan semakin hangat sama hangat dengan herba yang dimasak.Kesimpulannya saya melihat mereka menolak Islam kerana mereka tidak mengenal Islam.Bila tidak Kenal maka tidak cinta sama seperti orang yang menolak HPA lantaran mendengar kabar dari luar.

Sesudah 2 hari beliau mohon kembali ke utara Bangkok dan saya tetap memohon agar Allah buka pintu hatinya kepada ISLAM

Pengambilan Pelajar ITHPA.

Pengambilan pelajar untuk Institut Teknologi HPA akan di adakan segera , mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan bagi menghaziri temuduga terbuka.Syarat-syarat kemasukan ke Institut ini adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma atau ijazah dari mana-mana universiti dalam

atau luar negara.

2. Berminat untuk mengukuti salah satu dari 3 program yang ditawarkan iaitu:-

a. sijil pengurusan ladang organic.

b. sijil pengurusan restoran segera RFC

c. Sijil Pengurusan Peniagaan MLMS.

3. Tempoh pendidikan : 1 tahun (termasuk tiori dan praktikal)

4. Pembiayaan setahun : RM 3000 sahaja.

5. Kaedah pembelajaran : sepenuh masa kecuali hari minggu.

6. Asrama disediakan dan makan dan minum (sendiri)

7. Mereka yang lulus akan mendapat tawaran bekerja dengan mana-mana syarikat HPA

yang ada dengan tawaran gaji mengikut skim gaji HPA.

8. Semasa praktikal – elaun di bayar RM 500.00 (paling minimum praktikal 3 bulan)

9. Pelajar yang cemerlang akan terus mendapat offer kerja dari syarikat2 dibawah HPA.

Penerangan lengkap akan diberikan pada pelajar yang terpilih.Mohon segera ke bahagian latihan (en jafri/azura/sikin/Hamidi)

04 March 2009

Pasaran jagung manis.

Syukur ,setelah perbincangan bersama PPK ,InsyaAllah HPA kini membuka peluang peniagaan kepada ahli-ahli untuk menjadi pengedar jagung manis yang berkualiti tinggi dalam bentuk popcorn dan jagung dalam cawan(corn in cup).Pasaran Jagung relai masa kini dipasarkan oleh beberapa syarikat seperti Nelson,Daily Fresh,Mas corn , LC fine food dan lain lain lagi.
Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi saudara Jafri 0134384717.Projek jagung bukanya projek baru HPA kerana kita telah lama menggunakan batang jagung untuk makanan ternakan disamping projek tanaman jagung ternakan.Cuma ini merupakan peluang kerja terutamanya kepada anak-anak muda generasi kedua HPA InsyaAllah.

Di peringkat R@D HPA sedang mengkaji untuk pembuatan bihun daripada jagung dan jika ini dapat di keluarkan dijangka projek ini akan memberikan peluang peniagaan yang besar insyaallah.

03 March 2009

Sirip ikan Yu

Hati-hati! sup sirip ikan yu kebanyakanya dimasukan dengan wine putih sebagai bahan pelengkap.Penggunaan bahan yang tidak halal dalam restoran makanan cina sudah menjadi kelaziman miskipun tertampal logo halal pada pintu masuk.Inilah yang membimbangkan kita kerana masyarakat Melayu kini mula beralih kepada masakan tanpa rempah dan lemak.Bagi menjadi pilihan satu dalam seribu HPA mengagahi juga menyediakan restoran 5 bintang kepada mereka yang bernama muslim.

Esok (4hb March 2009) Radix Oriental Cuisene (ROC) akan dibuka untuk peniagaan, datanglah beramai-ramai bagi menyokong salah satu dari tuntutan fardhu kifayah kepada kita semua. Terima kasih tidak terhingga sampai kesaat ini kepada seluruh warga HPA setia bersama peniagaan ini.Bertemu nanti esok di ROC InsyaAllah.

Kelebihan curcumin.

Masalah dihati akan kelihatan di mata . Keracunan hati akan menunjukan mata putih menjadi semakin kuning.Termasuklah batu hempedu,sirosis,hepatitis dan lain-lain lagi.Mata menjadi kuning memberikan petanda awal perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.

Kunyit sangat baik untuk menlindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari toxid yang masuk kedalam tubuh,jangkitan kuman dan juga batu hempedu. Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak.Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak.Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

Ayat 1000 dinar.

Jakim telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini berhubung dengan kepercayaan sebahagian umat Islam yang menggantungkan ayat 1000 dinar sebagai pelaris peniagaan.Perbuatan ini boleh menjejaskan aqidah kerana soal rezeki tidak boleh dihubungkaitkan dengan sesuatu tulisan yang digantung. Kadangkala mereka yang membuka peniagaan sendiri tidak solat dan mengabaikan batasan aurat semasa berniaga.


Daripada menggantungkan ayat 1000 dinar sampailah kepada menggantungkan gambar sesaorang dengan tujuan yang sama.Ini berlaku di negeri Kedah, Perlis dan Penang, bukan hanya ayat seribu dinar yang digantung tetapi mereka mula menggantungkan gambar sesaorang dengan tujuan pelaris. Majlis Fatwa Negeri Kedah belum lagi mengeluarkan sebarang fatwa sedangkan gejala ini telah menjalar luas di perimis-perimis peniagaan.


Sepatutnya umat Islam mengamalkan solat dan doa Dhuha yang memohon keberkatan rezeki daripada Allah secara langsung disamping menjaga ketakwaan padaNya agar terhindar dari gejala syirik yang sedang berleluasa ditengah masyarakat yang kian jahil terhadap ugamanya sendiri..


Benarkah buluh menjadi sumpahan ular?

Dalam masyarakat kita buluh dikatakan sebagai sumpahan ular dalam ertikata ular takutkan buluh.Rumah yang ada buluh tidak dimasuki ular benar atau tidak?kalau persoalan ini ditanya pada saya,saya ingin menyatakan kenyataan ini memang tidak benar kerana dahulu rumah saya yang berdinding buluh juga sering dimasuki ular. Bapa saya membuat atap rumbia juga menggunakan buluh sebagai tempat mengikat atap tersebut.Itupun kadangkalanya ada ular.

Bukan kerana buluh sebagai sumpahan tetapi memukul ular dengan buluh lebih mudah mati kerana buluh lebih padu dan berat dari kayu apatah lagi menggunakan buluh tumpat.Menyimpan tungkat buluh dirumah memang baik kerana manalah tahu mungkin perlu sebagai senjata pada satu-satu masa tertentu.Buluh tidak mudah patah sebab itulah ia dijadikan bahan tempat berpijak bagi pembinaan bangunan-bangunan yang tinggi.


Dalam HPA kita menggunakan akar buluh dalam pembuatan MALAC atau ALAC bagi membersihkan buah pinggang dan memecahkan batu karang.Di Malaysia pelbagai jenis buluh yang ada dan yang semakin terkenal buluh madu yang ditanam untuk penghasilan rebung.Tapi awas ibu yang mengandung jangan banyak makan rebung nanti anak menjadi agak gelap kulitnya.Banyakan makan soya atau sarang burung layang-layang,kulit bayi akan menjadi putih tetapi sifat anak pun nak macam sifat ibunya,perempuan dan kuat cemburu .Kalau minum kopi radix pula dia akan jadi macam ayah,kuat berjalan.Amin.