Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

28 February 2009

Tazkirah pagi.

Mengisi perjuangan hari ini marilah kita berazam untuk mengajak seberapa ramai mereka yang belum mengenali HPA bergabung tenaga bagi mengenapkan sejuta ahli.Nasihatilah saudara-saudaramu yang masih lagi melibatkan diri dengan mlm yang terdapat peniagaan haram(arak) didalamnya. Produk Amerika yang menjadi sekutu Yahudi membunuh ummat dimana sahaja berada. Binalah kekuatan dengan Islam nescaya semua makhluk didunia akan selamat. Peniagaan akan selamat,kuat dan kebal dengan ujian dari masa kesemasa.Kita telah buktikan sesudah usia menjejaki tahun ke 12, HPA mampu bertahan dengan peniagaan yang dahulunya sering dipandang remeh oleh massa.

Kita bukan mendabik dada tetapi kita ingin menyebut kemuliaan dan kekuatan yang ada pada HPA ialah kerana Islamnya. Maaf pada tuan-tuan guru yang turut menyelar HPA, mempertikaikan isi hati kami kerana selagi kita tidak bersama semua ucapan akan disalah ertikan. HPA mewawarkan solat Dhuha dan Al Ma'thurat bukan tujuan riak tetapi sebagai reaksi balas kepada amalan pagi morning prayer(korea dan jepun), Senamrobik(pejabat kerajaan), yoga, reiki dan kini muncul pula senaman dari tarian poco-poco.

Ketika orang tidak berbangga dengan amalan Islam, HPA mengiklankan kembali agar masyarakat tersedar seperti tindakan Sultan Nuruddin Al Zinki menghidupkan pujian-pujian kepada Nabi melalui nyanyian seperti maulid dan berzanji. Saat hati umat umat Islam telah mati dan sedang diserang oleh kuasa besar monggul ketika itu tidak wajar amalan-amalan itu pula dibahas dalam kuliah ilmu dimasjid sedangkah hampir seluruh Syam telah jatuh ketangan Monggul.

Apa yang lebih penting ulamak perlu bergabung bersama HPA dengan hati dan perasaan tanpa membuang statusnya agar kembali dunia dagang , tempat imam-imam besar mencari rezeki halal.

pantun nasihat.

Bagai kuda berlari kencang
gemercik api dicelah jari
medan terbuka HPA berdagang
memerah keringat sehari-hari.

terbang tinggi siburung helang
menahan lukah di hujung baruh
miskipun berat mata memandang
patah sayap bertungkat paruh.

anak semut mati terhimpit
dicelah batu diwaktu petang
lidah kelu hati menjerit
mengharap ummat semakin matang

tupai melompat diatas dahan
ketawa riuh kumpulan kedidi
apalah nasib umat pilihan
menjadi pengemis di negeri sendiri.

MLMS - Jangan Wujudnya Paksaan

Sekali-kali kita tidak boleh memaksa sesaorang untuk menjual produk kita ataupun melibatkan diri dalam peniagaan bersama kita. Kaedah memaksa ataupun mengambil wang sesaorang dengan menjanjikan pulangan tertentu tidak di benarkan dalam syariat Islam. Terdapat mereka yang sangat ghairah untuk cepat mendapat pangkat menjalankan kaedah bagini yang mereka timba dalam pengalaman MLM mereka dahulu sebelum HPA.

Lebih malang kaedah ini juga pernah dilakukan dalam MLM yang kononnya memberi peluang untuk menunaikan ibadat umrah.Inilah kejahilan dalam muamalah Islam sehinggakan satu pihak berpuas hati dan satu pihak akan berdukacita dan geram tak habis. MLMS menekankan konsep peniagaan produk yang sebenarnya bukan dengan permainan sistem yang kabur dan tidak jelas. Berniaga, dapat bonus dan jika diam bonus tak ada.

Apakah sebenarnya dasar-dasar peniagaan dalam Islam? Untuk memahami hal ini saya menjemput seluruh ahli HPA mengikuti seminar MLMS yang akan diadakan pada 9hb March 2009 di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Semoga kekeliruan selama ini dapat diselesaikan.

#Nota: Seminar MLMS akan diadakan mulai 8.00 Pagi hingga4.00 petang dengan bayaran RM15.00(bayar semasa pendaftaran), daftar nama segera di Cawangan HPA atau Hotline HPA(sms nama ke 0139299944) - rujuk jadual

KPJ bulan ini

Kuliah Perubatan Jawi(KPJ) bulan ini lebih banyak membicarakan tentang penggunaan ubat periuk sebagai ubatan utama .Penggunaanya yang betul dengan periuk tanah tanpa "glaze"menjadi kaedah penyediaan herba yang sangat berkesan. Periuk tanah dibuat khas untuk memasak herba terlebih dahulu dilumuri minyak biasa di bahagian luarnya akar ia tidak bocor apabila dipanaskan.

Kebiasaanya ubat periuk tidak digemari kerana kadangkala rasanya sangat pahit sedangkan ia boleh dicampur dengan madu lebah. "kalau nak sembuh kenalah belajar minum yang pahit-pahit" itulah peringatan generasi dahulu kepada masyarakat zaman kita yang mengutamakan semuanya manis. Manis tak mengapa..kalau datang dari madu atau gula merah.

Selain itu KPJ bulan ini juga menceritakan beberapa kelebihan seperti pokok senduduk, periuk kera, buah delima, buah nipah,gula merah dan lain-lain lagi. Kesemuanya ini merupakan ilmu yang perlu ada dalam pengetahuan seorang herbalis.InsyaAllah

22 February 2009

Pak Kusnadi .

Tidak kusangka pertemuan terakhir di hotel King Melaka bulan lepas merupakan perpisahan buat selama-lamanya dengannya.Drs Kusnadi kelihatan tenang sahaja walaupun kesihatanya nampaknya semakin terganggu.Bagitulah sifatnya dimana sahaja aku berada dia sentiasa muncul bersama untuk mengikuti kuliah perubatan jawi ataupun berbincang bagaimana memperkembangkan perubatan Islam ditengah-tengah masyarakatnya.Dia menjadi pembantu yang sangat membantu kepada perjuangan HPA. Hampir lebih 80% pelajar sijil adalah datang dari saranan Pak Kusnadi.Program bekam dan pembukuan kuliah perubatan jawi juga hampir semuanya dibuat oleh Pak Kusnadi. Dia seorang yang pintar,idea dan sarananya membayangkan kepintaran luarbiasa yang tersembunyi di dalam dirinya.

Pak Kusnadi seorang yang berjiwa besar,berjuang bukan untuk kepentingan diri.Pendapatanya digunakan kembali bagi membantu teman-teman yang tidak cukup pendapatan hidup.Beliau membantu pesantren di Batam dan tempat-tempat yang lain.Wajahnya tenang dan cerah miskipun matanya tidak dapat melihat lagi.Solat berjemaah tetap istiqamah dengan bantuan teman-teman yang terus mengiringi beliau dimana sahaja dia berada.

Rumah beratap rumbia berdinding buluh akan terus merakamkan sebuah kenangan bersama dengan Pak Kusnadi,disitulah kami sering bertemu,sama-sama solat berjemaah dan sering ingat mengingati tentang perjuangan yang masih jauh dihadapan.Bagiku dia seorang yang sangat setia dengan perjuangan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cubaan.Aku benar-benar yakin bahawa kami bertemu kerana Allah dan kami berpisah juga kerana Allah.Miskipun kesedihan luarbiasa kurasai namun semangatnya yang kuat akan menjadi obor terus menyala dalam perjuanganku yang sedang menanti.

Mohon Maafku pada keluarga pak Kusnadi kerana saat terakhir tidak dapat bersama atas keuzuranku yang telah kalian maklumi.Semoga ibu Ayi dan semua keluarga diberi kesabaran oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini .Walaupun pak Kusnadi telah kembali tetapi semaiannya telah tumbuh,berbunga dan berbuah buat menjadi bekal perjalanya dialam abadi.
Selamat Jalan wahai temanku sesungguhnya kami sangat menyayangimu dan ingatan ini akan kekal dihati .

16 February 2009

Sesedap aiskrim Taiyibah

Sesudah menanti sekian lama ,ahli-ahli HPA kini akan dapat menikmati kesedapan aiskrim Halal tidak lama lagi. Kita namakannya dengan aiskrim "Taiyibah".Aiskrim halal tanpa gelatin yang akan bersaing dengan aiskrim bergelatin dipasaran. Dari majlis "food testing"petang tadi 100% yang mencubanya menyatakan aiskrim ini merupakan yang terlazat yang pernah mereka rasai.

Aiskrim Taiyibah juga merupakan satu-satunya produk muslim yang kini berada dipasaran mewakili ummah dan dijangka akan diperkenalkan dalam program MIHAS yang akan datang.InsyaAllah.

Majlis perasmian aiskrim Taiyibah akan diadakan bersamaan dengan seminar MLMS di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 9hb March 2009, mulai 8.00 Pagi hingga 2 Petang. Semoga kita dapat sama-sama menjayakan program ini nanti.

13 February 2009

Terima Kasih pada YAB MB Perlis.

Setelah mendapat tahu ada kebakaran di kilang herba HPA YAB MB Perlis juga mengadakan lawatan ketapak kejadian.Kebakaran melibatkan hanya sebuah mesin oven lama yang dibeli sejak tahun 1997. Dalam lawatan tersebut YAB sempat bertanya pada pengurus HPA Industri "daun apa ini? setelah di maklumkan YAB menarik nafas lega sambil bergurau beliau berkata "Saya ingatkan daun ketum! Warga HPA mengucapkan ucapan terima kasih atas lawatan itu.

Daun ketum sering dikaitkan dengan HPA dinegeri Perlis kerana kebanyakan penjual daun ini menjadikan HPA sebagai sandaran untuk membolehkan peniagaan menjadi lancar. HPA bukan sahaja mengharamkan daun ketum(biak) malah ROKOK pun diharamkan dalam HPA mengambil keputusan majlis fatwa kebangsaan dan pendapat ulamak terkenal Dr Yusuf Qardawi.

Terima kasih pada YAB MB Kedah

Jutaan Terima Kasih dari seluruh warga HPA atas kesudian YAB MB Kedah merasmikan RFC Shahab Perdana baru-baru ini.Keujudan HPA dalam sektor ekonomi sekurang-kurangnya akan membantu mesyarakat negeri ini dalam pertanian.Sejumlah seribu ekar tanah sawah terbiar akan ditebus guna oleh HPA untuk dijadikan padi organik yang sehat dan selamat dari bahan kimia.

HPA memegang konsep bahawa"tidak ada seincipun tanah tersisa"akan memanafaatkan 100% tanah-tanah pertanian yang tidak diusahakan melalui Plan pemulihan tanah bersepadu.Plan ini melibatkan semua petani dalam tanaman yang ditentukan oleh HPA mengikut kehendak pasaran tempatan dan luar negara.Persoalanya yang menjadi pemangkin plan ini "kenapa kita menjadi pengimport produk luar sedangkan tanah dinegeri sendiri menjadi rang dan belukar?
mereka yang berminat boleh menghubungi en Mohd Khair 0134081548.

Produk Kampucha.

Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA.Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung.Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai "papain" mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.

Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi bagi penyakit jantung koronari.Pesakit darah tinggi juga akan memberikan kesan yang sangat baik dimana darah akan turun keparas normal selepas pengambil herba ini.Selain daripada itu banyak kajian menunjukan keujudan "papain" sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA.
selamat mencuba.

12 February 2009

Musim Kering di utara.

Kalau anda datang ke utara hari ini anda akan dapat merasakan betapa panasnya matahari yang menjadikan kawasan ini antara tempat terpanas di dunia. Sepuntung rokok boleh menyebabkan kebakaran yang besar seperti di Australia.Kilang-kilang HPA diletakkan dalam keadaan berhati-hati kerana kita terlibat dalam pengeringan herba dan pada setiap tahun ada sahaja kebakaran yang berlaku. Baru-baru ini sebuah oven pengering terbakar. Syukur api tidak marak dengan Izin Allah .

Ahli-ahli Pasukan bomba yang juga kemungkinan merupakan ahli-ahli HPA berkejar ke tempat kejadian bagaikan singa tangkas bagi sama-sama mempertahankan syarikat yang mereka sayangi ini. Terasa sangat terkesan kepada hati kecil kita bila memikirkan bagaimana Allah menitipkan kasih sayang seseorang ke atas sesebuah perjuangan. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi sementara hati mereka terus bermunajat agar HPA menjadi solusi pada permasalahan ummah hari ini.Terima Kasih pada semua Ahli Bomba di Mana sahaja Anda berada.

IMT - Pain killer daripada HERBA.

Sesudah sekian lama masyarakat menggunakan ubat tahan sakit daripada kimia kini HPA berjaya memperkenalkan pain killer daripada herba yang dikenali sebagai IMT.IMT bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti peradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain.Hari ini kita bercakap tentang side effect sesuatu ubatan kimia tetapi kita juga perlu dalam masa yang sama menyediakan pengganti kepada ubatan yang sering digunakan seisi rumah.Syukur kerana IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia tetapi tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangkamasa yang panjang .amin.

Produk Curcumin.

Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai "pencuci Rahim" kepada wanita.Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan,keputihan,ketumbuhan dan sebarang jangkitan.Rimpang kunyit digunakan bersama IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat.Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:-
1. Alzheimer's disease
2. kanser
3. gangguan hati
4. Sakit sendi
5. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. penyakit kardiovaskular
10. menurunkan kolesterol dll.
Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin(polyphenol).Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:
berat badan dibawah 50kg - 2 x 3
berat badan antara 50kg - 90 kg - 3x3
lebih daripada itu/perawatan - 5x 3.

InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

9 cawangan baru HPA di Zon Selatan.

HPA kini menumpukan peniagaan mlmnya diselatan negara dan ini dapat dilihat apabila 9 cawangan baru yang akan siap beroperasi pada hujung bulan ini iaitu Port Dickson, Masjid Tanah, Batu Pahat, Muar 2, Pontian, Skudai, Simpang Renggam, Rengit dan Parit Raja. Kerancakan MLMs HPA akan diteruskan terutama di zon-zon yang belum ramai ahli bagi memberikan perkhidmatan pembekalan produk halal keseluruh Malaysia."Kita siap untuk mengisi keperluan ini dengan sokongan daripada semua pemimpin yang ada".

Terima kasih kepada PJS En.Rahmat,Kak Ros,Kak Fauziah dan lain-lain leader yang sentiasa membawa peserta dalam semua program yang kita adakan.Teruskan perjuangan jangan mengenal penat selagi umat Islam belum selamat daripada produk haram dipasaran.

"Produk Halal Tanggungjawab bersama".

Cawangan Padang Besar.

Padang Besar merupakan pintu masuk ke Thailand melalui negeri Perlis.Alhamdulillah dengan pembukaan cawangan HPA disempadan antara dua negeri ini memberi kesempatan produk halal masuk kenegara jiran.
Politik di Selatan Thailand tengah bergolak kuat dengan pembunuhan boleh dikatakan berlaku pada setiap masa .Cawangan HPA terpaksa ditutup di Yala atas faktor keselamatan.Adalah diharapkan dengan pembukaan cawangan baru ini akan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA terutamanya umat Islam diselatan Thailand mendapatkan produk halal yang sangat kurang dinegara mereka.Pejabat ini akan mula beroperasi pada 13hb februari nanti.Insyaalah ini merupakan usaha kita tanpa mengira sempadan geografi negara.Amin.

Jangan jual lot!!!!

Dikesempatan kerancakan RFC mengembangkan sayap peniagaanya ada sebahagian daripada ahli HPA mula menunjukan minat bagi membuka RFC ditempat mereka melalui perkongsian bersama.Bagi mencukupkan modal satu juta misalnya mereka membuka lot-lot saham seperti rm50 ribu satu lot.Namun bagitu sesuatu yang perlu diingatkan bahawa individu atau syarikat tidak dibenarkan mengambil diposit kepada orang ramai kecuali dengan keizinan bank negara.

Perkongsian dengan RFC bukan dengan kaedah itu tetapi dengan membuka syarikat sdn bhd antara individu(Hj Ismail) dengan Individu.Seperti contuh RFC di Alor Setar dibuka dengan pendaftaran RFC Shahab Perdana SDN BHD dengan bermodalkan 80% dari Hj Ismail dan 20% daripada individu.80% bernilai 4 juta sementara 20% bernilai sejuta.Namun bagitu keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan bersama.

Pehak syarikat tidak menerima pelaburan berbentuk lot-lot yang diujudkan dengan nilai tertentu kerana ini menyalahi peraturan bank negara dan akan memberikan kesan negatif kepada HPA disuatu hari nanti.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi ustaz Adnan bahagian pentadbiran HPA.

Terima Kasih kepada pengunjung ROR

Kemunculan RFC telah jenuh diperkatakan orang apatah lagi warga HPA yang melihat peniagaan ini sebagai pentas perjuangan mereka.Mereka bangga dengan pencapaian ini.Walaupun bagi ahli yang jauh seperti di Sabah dan Sarawak ,mereka turut mengirim sms tidak henti-henti mengucapkan tahniah pada HPA. Kini muncul pula ROR dengan memperkenalkan "Nasi Ayam Organik" yang sangat lazat rasanya.Disebalik kelazatan dan organik sebenarnya Nasi ayam tersebut menggunakan 2 herba utama iaitu minyak zaitun dan madu HPA.Namun bagitu peniagaan ini sebenarnya sebagai altenatif kepada umat Islam bagi mendapatkan makanan yang segar dan halal.Kebanyakan nasi ayam yang dijual dipasaran menggunakan MSG dan chicken stok(kiub pati ayam).Kiub pati ayam yang digunakan dalam sup belum ada yang halal oleh sebab itulah kewajipan kepada kita meujudkan pilihan halal dipasaran.

Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih.Ini berbeza dengan sup ayam asli dimana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!

ROR terletak sebelah Hotel El zahraa sebaris dengan RFC .Terima Kasih pada semua PJS yang telah membantu mengiklankan ROR terutama cikgu Ismail Osman yang menjadi pelanggan setia .Amin.

03 February 2009

RADIX ORGANIC RECIPE(ROR)

Alhamdulilah walaupun Hotel El-Zahraa Inn belum siap sepenuhnya namun restoran makan bersebelahan hotel telah siap untuk beroperasi.Datanglah beramai-ramai menikmati nasi ayam organik dan makanan organik lainnya mulai 10 Feb akan datang.Sebenarnya restoran ini disediakan untuk memperkenalkan "Nasi Ayam organik" tidak lama lagi.



Selepas RFC dijangka ROR akan diperkenalkan keseluruh negara dengan kos yang tidak terlalu tinggi seperti RFC.Walau apapun datang dulu menikmati hidangan di restoran kita bersama sebelum bercadang atau mencadangkan agar ia dibuka ditempat tempat yang lain.HPA juga sentiasa tidak melupakan para pengedar dengan nilai mata yang tetap disediakan sama seperti RFC.InsyaAllah.

Program bersama koperasi Angkasa.

Terima Kasih kepada koperasi Angkasa yang telah mengundang HPA bagi mengisi program usahawan cemerlang di Putra Palace Kangar pada 31hb yang lepas.Lebih dari 50 buah koperasi yang menghantar wakilnya kemajlis tersebut.Banyak pertanyaan yang dikemukakan pada hari itu termasuk bagaimana persiapan HPA untuk menghadapi zaman kegawatan ekonomi.

Sesuatu yang unik dalam HPA ialah kita mempunyai pemimpin dan ahli yang sangat setia dengan peniagaan halal ini.Mereka berjuang di medan terbuka lebih kepada nilai ibadah bukanya wang semata-mata.Kumpulan ini akan berbicara tentang HPA dengan siapa sahaja mereka bertemu.Mereka telah berjanji akan terus menggempur pasaran selagi nyawa dikandung badan kerana peniagaan produk halal adalah tanggungjawab bersama.

Jarang sekali saya ditanya tentang bonus,mungkin ada kepada bahagian MIS atau AWM,itupun sekadar tumpang bertanya bagi menguatkan keyakinan yang sedia kuat .Tidak ada keributan dalam HPA sepertimana yang sering berlaku dalam MLM yang lain.Syukur pada Allah yang telah menghadiahkan ahli-ahli yang sangat faham tentang perjuangan ini.Amin.

01 February 2009

Persiapan di bahagian pengeluaran.

Semua kilang HPA telah diarahkan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sekali ganda bagi menghadapi pemintaan yang semakin tinggi.Kilang Napoh,kilang jejawi dan Kilang Kuala Perlis telah bersedia lebih awal lagi dengan stok yang dijangka mencukupi.Mereka bekerja 7 hari dalam seminggu dengan perancangan cuti yang tersusun.Lawatan daripada para pengedar HPA pada setiap minggu menjadikan pekerja semakin bersemangat bagi mencapai target kilang yang mereka sayangi ini.Mereka bekerja dengan hati yang penuh dengan wawasan bagi menjadi penggerak pasaran halal di Dunia.

Mereka merupakan anak-anak muda yang menjadi sof thani perjuangan HPA terbentuk dalam kehidupan dan pemahaman bekerja sebagai ibadah.Walaupun mereka tidak pernah menghaziri KPJ dan melihat kehebatan PBC tetapi semangat mereka juga membara bagai singa dirimba.Rata-rata pekerja yang sudah berkhidmat melebihi 5 tahun sangat maklum dengan hala tuju HPA dan kenapa kita memilih HPA sebagai tempat berkerjaya dan sudah mampu merasai manisnya perjuangan ini.

program KPJ bulan Februari

Berikut adalah perancangan jadual KPJ pada bulan Februari .InsyaAllah semoga Allah menentukan setiap yang kita rancang itu berlaku.Amin.

1. 6/2/09 - Pondok Tn Guru Hj Salleh.
2. 9/2/09 - KPJ Ipoh.
3. 11/2/09 - KPJ P.Pinang , An - Nahdhoh inn, Bukit Mertajam
4. 13/2/09 - Dewan Perbandaran Kulim
5. 17/2/09 - KPJ Kelantan, Komplek Purnama, P.Chepa
6. 18/2/09 - KPJ Terengganu, Dewan Kolej Multimedia Telekom Rusila
7. 23/2/09 - KPJ Alor Setar, Dewan Cawangan HPA Shahab Perdana
8. 26/2/09 - KPJ KL, Dewan Hotel KL Internasional Kg.Baru.
9. 28/2/09 - KPJ S.Petani, Dewan Cawangan HPA Sg.Petani